followers

salji

waktu

bird terbang

Saturday, May 31, 2014

SOTONG BAKAR PERCIK


kali ni akak try buat masak sotong percik.. tapi seperti biasalah sotong yang sederhana besar pun bila dimasak akhirnya menyecut juga... nampaklah comel sangat sotong akak ni hehehe... comel comel pun alahai.. sedap sangat tau... sekali hadap je hidangan akak ni sebab ada yang suka meratahnya...

SOTONG BAKAR PERCIK

Bahan-bahannya:-

1/2 kg sotong sederhana besar - kelar x putus (janggutnya masukkan semula dalam sotong)

Bahan A
2 atau 3 batang serai
serbuk cili
serbuk kunyit
santan
halia 1/2 inci
lengkuas 1/2 inci
bawang merah 4 biji
bawang putih 2 biji
Santan kalo kotak kecik dah laa(separuh guna masa nak blend, separuh masukkan ke dlm periuk)

Bahan B
asam keping
bahan perasa
gula
garam

Cara-caranya:-

UTK KUAH

Kisar kesemua bahan diatas (bahan A) dan masukkan bahan B..dengan santan . Untuk mengurangkan kepekatan, tambahkan sedikit air Kalau guna santan bukan dalam kotak, guna air lebihan terakhir santan yang diramas.
Kemudian masukkan kedalam santan yang telah diblender tadi kedalam santan yang telah dimasukkan ke dlm periuk dan masukkan sotong.masaklah sehingga sotong setengah masak. kemudian keluarkan sotong. kuah teruskan masak hngga kepekatan yang kita inginkan

Panaskan api.

UTK SOTONG

Bakar sotong dan siramkan dengan kuah . Separuh daripada kuah tadi disimpan untuk dibuat kuah siram atas sotong.

* Hidangkan bersama nasi panas. Insya Allah, terangkat :)

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...