followers

salji

waktu

bird terbang

Saturday, January 7, 2012

TAUHU SUMBAT IKAN


pada mulanya dah buat tauhu inti sumbat bersos tu tapi x terlupa nak ambil gambar.. huhuhu...ruginyaaa.. kalau tidak boleh je akak abadikan gambarnya di sini.. nk buat semula malaslah pulak rasanya..
oleh kerana hubby akak beli 10 keping jadi tauhu ni masih ada berbaki 5 keping lagi jadi akak buatlah tauhu sumbat ni.. huuuhh.. ternyata tauhu sumbat ni lebih memikat selera... sebab ada rasa ikan kat intinya... sedaaaaap tau!!


 TAUHU SUMBAT IKAN

5 keping tahu digoreng kekuningan (potong 2 dan korek sedikit isi dalamnya )
3 ekor *ikan kembung sederhana besar ( direbus dengan sedikit garam dan asam keping)- Buangkan tulang dan tumbuk isi ikan hingga lumat.
sedikit daun sup di racik halus.
3 ulas bawang merah.
sedikit lada sulah/ lada hitam (ikut kesukaan)
4 biji lada merah
Garam secukup rasa
3 camb bawang goreng ( ditumbuk kasar)
Bahan untuk salut
2 - 3 cawan tepung gandum
sedikit garam dan air kapur
air secukupnya
( * Kekadang kite malas isi ikan boleh digantikan dengan sardin lebih cepat- rasanya berlainan )



Dalam bekas satukan isi ikan dengan lebihan isi tauhu yang dikorek tadi, lada sulahdan garam secukup rasa.
Tumbuk lumat bawang merah,bawang putih dan cili merah, masukkan dalam bekas ikan.Gaul rata.
Sumbatkan dalam tauhu tadi..buat sehingga habis.
Dalam bekas lain satukan bahan untuk salut hingga sebati.(agak pekat macam nak goreng cempedak)
Panaskan minyak celupkan tauhu tadi dalam bahan salut goreng hingga kekuningan.
Enak dimakan panas-panas dengan sos cili.
Jika guna *sardin ambil isi sardin saja dan hancurkan.

4 comments :

  1. assalam ...kak mcm sedap je nnti sy nak try buat la...thank Q utk resepi ye...

    ReplyDelete
  2. as-salam
    menarik resepi ni npk sgt sedap..nak dicuba..tq 4 sharing the resepi...

    ReplyDelete
  3. Ini mesti sedap.Semua yang bertauhu kak ros suka la.Nak cuba jugak...

    ReplyDelete

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...