followers

salji

waktu

bird terbang

Friday, March 30, 2012

TAUHU KUKUS CILI SOS


tauhu ni akak buatkan untuk my hubby... sebab dia yang paling suka tauhu maka akak merelakan diri buatkan untuknya.. suka betul dia bila dapat tau akak masakkan untuk dia ... hehehe...(^_*)
* gambar kabur sikit sebab ambil gambar ketika berasap... hubby x sabar nak makan... heheh



RESIPI TAUHU KUKUS SOS CILI

Bahan-bahan :
1 pek tauhu lembut (dikukus hingga masak)
1/2 labu bawang besar (dihiris dadu)
2 biji bawang merah (dicincang)
1 ulas bawang putih (dicincang)
2-3 sb sos cili thai
1 sb sos tiram
1-2 sb sos cili
1 sb sos tomato
sedikit udang basah
sedikit hirisan daun sup


Cara-cara :
Tumis kesemua bawang hingga terbit bau.
Masukkan kesemua sos dan sedikit air. Masak hingga mendidih.
Kemudian masukkan udang dan daun sup. Kacau lagi hingga masak. (kalau nak campurkan dgn kapsikum, nanas, tomato atau hirisan epal pun ok juga)
Susunkan tauhu di dlm pinggan dan siramkan kuah tadi di atasnya.
Hidangkan panas2.

1 comment:

  1. Selamat pagi Nur,
    ini menu yang penuh khasiat dan menyihatkan... untuk yang berdiet memang sangat sesuai!

    ReplyDelete

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...