followers

salji

waktu

bird terbang

Tuesday, February 14, 2012

TAUHU KUKUS SOS TIRAM


tauhu kukus ni akak buat khas untuk hubby ku tersayang... akak tau dia pengemar tegar tauhu... tapi sebaliknya bagi akak.. akak x suka makan tauhu.. kalau makan di kedai semua tauhu akak kuis kuiskan ketepi.. x pun.. habis semua tauhu terbang ke pinggan hubby.. waakakaka...(jangan kutuk akak erkkk.. dah memang x suka, nak wat canekannn..) tapi... akak hanya suka buat jika ada yang suka makan!
tadi anak tegur ma masak ape hari ni bau sedap je.. wahhh.. dia kate specialnya... tapi malangnya.. dia juga spesis akak!! dia juga sama seperti akak.. x sukaaaa.. sedap macam mana pun kalau x suka.. minta ampunnnn.. langsung x layan!


sampai je hubby ke rumah perkara pertama dia melihat makanan yang terhidang... x sabar dia makan melihat ada menu kesukaan... habis clear dia makan sorang.. akak cuma merasa sesudu je.. wehhh.. memang sedap dan amat sesuai dangan sosnya...

RESIPI TAUHU KUKUS SOS TIRAM

bahan-bahan :
1 keping tofu lembut (dikukus selama 5-7 minit)
1-2 sudu makan sos tiram
1-2 sudu makan sos cili
1 sudu makan kicap manis
1 sudu kecil madu - optional
2 ulas bawang putih (dicincang)
1/4 kiub ayam atau kiub ikan bilis
sedikit minyak bijan atau minyak masak (akak bubuh 2-2, minyak bijan di renjis ke dalam sos)
1 sudu makan kacang tanah kisar
sedikit daun bawang
cili hiris dan bawang goreng (akak tambah sebagai hiasan)
sedikit air

Cara-cara :
Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih hingga terbit bau.
Kemudian masukkan sos tiram, madu, sos cili, kicap manis, kiub ayam/ikan bilis dan sedikit air. Kacau sebati.
Setelah masak, angkat dan siramkan ke atas tauhu yang sudah dikukus tadi. Taburkan kacang tanah dan daun bawang. Hidangkan.

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...