followers

salji

waktu

bird terbang

Sunday, October 7, 2012

CHICKEN BALL KARI BERIANI



Jom kita makan kari beriani pula.... sedap ni... biasanya akak masak guna kari biasa je tapi kali ini nak tukar selera dengan kari beriani pulak...


CHICKEN BALL KARI BERIANI

15 biji chicken ball
1 biji bawang besar - dikisar
4 ulas bawang putih - dikisar
1/2 inci halia - dikisar
1/2 sudu lada hitam - dikisar
2 sudu besar rempah kari ayam
2 sudu besar rempah beriani
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
2 cawan air
1/2 cawan susu segar
1 biji tomato - dibelah 4
2 biji kentang
Garam dan gula secukup rasa

Bahan tumis :
1 batang serai - dititik
1 helai daun pandan
4 tangkai daun kari
2 ulas bawang merah - dimayang
4 sekawan bahan tumis
Sedikit minyak



 Cara-cara :

Tumiskan semua bahan tumis hingga naik bau.
Masukkan bahan yang dikisar, kacau sebati.
Masukkan rempah kari, rempah beriani, cili kisar, sos cili dan sos tomato, kacau sebati
Masukkan 2 cawan air, kacau dan biar mendidih.
Masukkan ayam, garam dan gula secukup rasa, kacau dan masak hingga ayam empuk dan pecah minyak.
Masukkan susu segar dan tomato, biar mendidih, matikan api dan sedia untuk dihidangkan.

SAMBAL QUININ


dua tiga hari akak makan nasi dengan sambal quinin je sebab nak habiskan stok...beli 2-3 biji kat pasar tu hari.. hehehe
anak dah mula tegur nape ari ari buat sambal ni..?
wahai anak.... buah quinin bukan seperti buah apple dan limau.. sentiasa ada x ikut musim... korang kena makan sambal yang sedap ni sebab kalau bukan kerana musimnya... mungkin.. korang x kan jumpa buah quinin yang sedap ni.. jadi ambil kesmpatan ni cepat.. 


SAMBAL QUININ

1 biji buah kuinin - cincang isinya
1 biji cili merah 
6-8 tangkai cili api
secubit ikan bilis - basuh
sedikit belacan
sedikit garam

tumbuk lumat cili, belacan dan garam
campurkan ikan bilis dan tumbuk jangan lumat sangat.
gaulkan isi kuinin yang dicincang tadi.

SAYUR KAILAN IKAN MASIN




kalau anak berkumpul di rumah hujung minggu memang sayur nilah yang jadi kegemaran dorang... sayur sayur lain jarang yang dorang minat...

RESIPI SAYUR KAILAN IKAN MASIN

1 ikat sayur kailan - potong dan bersihkan (asingkan batang yang keras - hiris nipis)
sedikit karat - potong panjang
1/2 biji bawang besar - potong 1/2 bulat
1 ulas bawang putih - ketuk
5-8 biji cili api - belah x putus
sepotong ikan masi tenggiri - potong/ketuk sikit
sedikit sos tiram
sedikit air
sedikit garam *jika perlu
sedikit minyak tumis

panaskan sedikit minyak.
goreng ikan masin yang diketuk sikit hingga wangi dan ketepikan di tepi kuali.
kemudian terus masukkan bawang bersama cili. bila hampir layu gaulkan sekali ikan masin tadi.
masukkan pula sos tiram serta sedikit air. biarkan mendidih sekejab.
masukkan batang sayur kailan, gaul sekejab dan di ikuti daun kailan. gaul sebati.
masukkan garam jika perlu.
angkat dan tabur ikan bilis goreng di atas sayur

sedia dihidangkan makan panas panas...




Saturday, October 6, 2012

SAMBAL JERING TUA


jom kita beralih ke menu ala kampung.... waaaaa... bestnya sekali sekala dapat makan macam ni... memang suka sangat... tapi malangnya semua ahli umah ni x suka... pernah akak terfikir.. boleh habis ke x ni.... sebenarnya akak ni x boleh makan luar batasan.. alamatnya "hangin" satu badan... susah nanti semua orang melayan kerenah sakit nanti.. hehehe
semasa akak merebus jering ni.. alahaiiiii.... terasa pening pening dengan bau rebusannya... mungkin x bagi oranglain tapi akak ni x tahan sungguh la... rasa nak mabuk dibuatnya... anak akak bila akak masak baunya cam pelik mula la tnya mama masak ezotic ape ni... aduyai... budak budak sekarang jering dan petai pun x reti nk makan...
sedang akak menumis untuk mengeringkan sambal ni... memang rezeki kawan akak Norroshida... ia muncul di pintu belakang umah akak... hampir lebih dari separuh dari gambar yang akak ambil ni akak hulurkan padanya... Alhamdulillah mujur dia datang dapatlah dia rasa... rezeki diakan... tinggal untuk akak makan seorang sebanyak dalam gambar ni.. jadilah... akak pun x boleh makan banyak banyak... janji dapat rasa dah kira ok dah..
mana mana masakan ni seakan akan sama saja bahan dan cara caranya.. tapi akak berminat nk letak resepi anymz sebab memang sama..


RESIPI SAMBAL JERING TUA

Bahan2

1 piring kecil jering tua (kat pasar tani jual rm2)
8 tangkai cili merah*
15 tangkai cili padi-tak makan pedas kurangkan ya*
1/2 labu bawang besar*
3 ulas bawang putih*
bahan2 bertanda * di kisar kasar
1/2 kiub pati ikan bilis (akak x masuk)
1 piring kecil ikan bilis-anggaran segenggam-cuci bersih ketepikan
Minyak
Garam
1 sk Gula


Cara

Jering di rebus hingga empuk
Dah empuk,angkat dan rendam dengan air biasa sebentar
Toskan jering tadi-ketepikan
Panaskan minyak
Goreng ikan bilis hingga garing
Angkat dan ketepikan
Dengan lebihan minyak goreng ikan bilis tadi tingalkan anggaran semangkuk kecil
Tumis bahan2 bertanda * yang telah di kisar kasar hingga terbit minyak
Masukkan garam,kiub ikan bilis dan gula
Masukkan ikan bilis goreng dan jering
kacau hingga sebati
Angkat dan boleh lah di hidangkan.

Friday, October 5, 2012

NASI GORENG BUNGA KANTAN


akak nampak dah ramai blogger buat nasi goreng ni tapi sebenarnya akak memang dah selalu sangat buat nasi goreng bunga kantan ni.. memang rasa berherba sikit...
untuk memenuhi kehendak anak yang suka makan dengan ikan goreng berempah.. jadi akak layan sajalah kehendak mereka... asal bahagia..kannnnn...


NASI GORENG BUNGA KANTAN

Bahan2nya:

1 mangkok nasi sejuk * untuk 2 orang ok,kalau untuk ramai kena tambah lah ya
4 ekor udang besar,kalau kecik pun ok tapi kena tambah sikit lah (akak x de stok)
1 kuntum bunga kantan dihiris
4 biji cili padi tumbuk
2 ulas bawang putih tumbuk
1/2 biji bawang besar hiris
1 biji telur
sedikit capsicum dan carrot
boleh jugak sayuran fav lain ya..
1 sudu sos tiram
garam secukupnya
Cara nya
Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis lah bahan tumbuk dan bawang besar sehingga wangi,masukan udang,capsicum dan carrot jugak sos tiram,kacau rata, kemudian masukan telur,biarkan sebentar,jangan terus dikacau nanti telur terlalu hancuss tak sedap nasi goreng tu,kemudian masukan nasi dan bunga kantan dan gaul rata,rasa garam nya kalau kurang boleh lah ditambah
Nasi goreng bunga kantan dah ready untuk dihidangkan taburkan sedikit daun bawang kat atas untuk kelihatan lebih menawan dan sedap dimakan tapi kalau tkde pun ok nasi goreng tu boleh makan jugak hee

Thursday, October 4, 2012

BURGER BLACK PEPPER


sekarang anak anak dah berkumpul di rumah sebab sedang study week... jadi akak mulalah mereka apa masakan yang sedap dan yang paling mereka suka.. tarraaaaaaaaaa....kompom pastinya daging burgerlah yang paling diminati oleh mereka....
mamanya kena brek brek sikit... hehehe.. alahai mama jangan kempunan tau... (kena ingatkan pada diri sendiri... takut jugak putus mata timbang!)


RESIPI BURGER BLACK PEPPER

8 keping daging burger - potong ikut suka - goreng sekejab
bawang besar - cincang
bawang putih - cincang
1 biji tomato - potong baji
beberapa cili api - potong x putus
1 sb black pepper sauce
1 sb sos tomato
1 sb sos tiram
gula garam dan sedikit gula
1/2 biji bawang besar - potong 1/2 bulat
sedikit bijian lada hitam hancur
2-3 sb minyak tumis


panaskan minyak dan tumis bawang yang dicincang hingga wangi.
masukkan semua sos, daging burger, tomato, bawang besar, cili api gaul rata.
masukkan garam gula,
akhir sekali taburkan bijian lada hitam dan angkat.

MENERIMA TEMPAHAN CUSTOMER - MOIST CAKE








Wednesday, October 3, 2012

MENERIMA TEMPAHAN CUSTOMER - CHOC CHIP MUFFIN


kegilaan memapin tengah melanda.. hehehe.... tapi sebenarnya dapat tempahan ni...
mapin kalau buat satu adunan dapat x banyak mana pun. semua bergantung pada saiz paper mapin tu... besar bekasnya sikitlah dapat.. tapi sebenarnya kalau untuk diri sendiri akak suka buat comel comel gitu..

CHOC CHIP MUFFIN
Resepi diambil dari sini


Bahan-bahannya:-

250gm tepung
2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
2 sudu besar serbuk koko
175gm gula
150gm coklat cip
250ml susu segar
90ml minyak (saya gantikan dengan margerin cair)
1 biji telur A
1 sudu teh esen vanilla

Cara membuatnya:-

1. Ayak tepung, baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko. Masukkan kedalam bekas. Campurkan gula kedalam tepung.

2. Pecahkan telur kedalam bekas lain dan pukul sekejap hanya sekadar bercampur putih dan kunig telur

3. Masukkan susu cair kedalam tepung sedikit demi sedikit sambil digaul rata dengan senduk kayu. Masukkan telur, minyak dan esen vanilla. Gaul rata.

4. Panaskan oven dengan kepanasan 160-170 c selama 10 minit terlebih dahulu.

5. Masukkan bancuhan kedalam cawan muffin 3/4 penuh.

6. Taburkan sedikit coklat chip diatasnya sebagai hiasan. Tak letak pun tak apa sebab coklat chip dalam adunan dah terlalu banyak.

7. Bakar selama 20 minit (untuk cup besar seperti gambar diatas sekali). Bakar selama 16 minit untuk cawan muffin yang bersaiz sederhana.


Nota:-


- Jika anda lihat muffin anda naik tidak sekata, gemuk/tinggi/mengembang sebelah....itu disebabkan oven anda terlalu panas. kurangkan suhu oven.

- Untuk mengetahui berapa minit muffin anda perlu dimasak, cucuk muffin dengan pencucuk kek/lidi pada 16 minit pertama, jika tiada bancuhan melekat kat lidi maka dah boleh angkat.....jika melekat teruskan kepada 20 minit. Tujuannya adalah supaya muffin anda moist. Jika terlebih tempoh bakar dalam oven atau suhu terlalu panas....tekstur muffin akan jadi kering dan tidak moist.

- Masukkan bancuhan muffin dalam jug plastik untuk memudahkan ia dimasukkan kedalam cawan muffin.

- Untuk bancuhan yang banyak, saya gandakan resepi diatas dengan 4 kali. Sekali bancuhan dibuat saya guna 1 kg tepung dan 1 kotak susu. Saya gaul dengan mixer.

Tuesday, October 2, 2012

TOMYAM CAMPUR


sebenarnya akak kurang selera nak makan... kurang sihat sikit.. rasa macam dah dedo je.. lemah semua urat nadi.. kaki pun jadi lemah untuk melangkah... huhuhu..
akak juga sakit pinggang ya amat sangat... membuang air pun sakit dan sakit di bahagian perut rasa tegang tapi bukan sakit memulas tu.. doc beri ubat potassium sebotol, ubat penahan sakit dan ubat sakit perut je.. rupanya doc x beri antibiotik.. kerana x dapat juga melawan kesakitannya.. terpaksa jumpa doc lagi.. barulah dapat antibiotik... puncanya kerana akak ni kekurangan air... akibatnya boleh mengakibatkan sakit batu karang dan ada efek ke buah pinggang jika di biarkan.. Alhamdulillah.. beransur baik... akak kena minum air bali bergelen gelen... sampai kembung.. hehehe
bila kurang selera nk makan.. hanya tomyam ni saja yang menyelamatkan rasa tawar habiaq di mulut ni...


RESIPI TOMYAM CAMPUR

10 ekor udang sederhana besar - bersihkan
sedikit isi ayam - dihiris nipis
4 ekor sotong - potong bulat bulat
2 batang serai - dikerat dan diketuk hujungnya
1/2 biji bawang besar - dihiris bulat
1 in lengkuas - ketuk
1 in halia - ketuk
2 ulas bawang putih - ketuk
2 helai daun limau purut - dikoyak
1 biji tomato segar - dipotong kecil
5- 8 tangkai cili api - belah x putus
2 ketul kiub knorr
1/2 st sos tiram/sos ikan
sedikit perahan jus limau 
sedikit karat - hiris
air secukupnya 
sedikit gula garam
sedikit daun ketumbar - hiris, untuk memberi bau 

mula masak air hingga mendidih, masukkan segala serai, bawang ayam, udang, kiub daun limau purut, gula garam, sos tiram, jus limau dll jika suka. 
akhir sekali sebelum diangkat taburkan daun ketumbar ke dalam tomyam.

* akak bubuh sos tiram kerana akak pernah tanya pada kedai tomyam rahsia masak tomyam.. tukang masak tu kata bubuh sos tiram/sos ikan tapi jangan masuk lebih dari sukatan!! nanti sepoi rasanya!!

Monday, October 1, 2012

PERCIK IKAN KEMBUNG


sebenarnya akak teringat masakan ayam percik yang pernah akak buat dulu tapi akak x nak masak guna ayam.. akak nak buat dari ikan je..
masakan yang akak buat ni sebenar ada persamaan dari resepi gee hut.. ia seakan akan sama jadi akak letak je resepinya di sini... akak hanya akan tulis jika ada penambahan dalam masakan ni saja... apa apa pun memang layan masakan sebegini...
** kuahnya jangan banyak dan mesti pekat.. baru ade ummmphh.....


PERCIK IKAN KEMBUNG

Bahan-bahan:

3 ekor ikan kembung yang besar - goreng 1/2 masak (sebaiknya ikan dibakar.. mood malas heh3x..)                                                                                                                                                  
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
serai satu batang
2 sudu cili kisar (akak guna cili api je)
1 keping asam keping
2 cawan santan
Daun kunyit - hiris halus
Garam dan gula
minyak

* bahan yang akak tambah:
1/2 biji bawang besar - potong separuh bulat
4-7 biji cili api belah x putus (jika x pedas cili kisar kat atas tu boleh makan cili api ni pula.. he3x)
3-4 helai daun limau purut - koyakkan


Cara membuatnya:

Ikan dibersihkan dan dikerat 3 bahagian.(oleh kerana akak guna ikan kembung jadi akak x kerat).  Panaskan minyak dan goreng separuh masak. Ketepikan.
Kisar bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan kunyit.
Tumis bahan hingga naik baunya.
Tambahkan cili kisar.  Biarkan bahan tumisan garing.
Masukkan serai, santan, garam, gula dan asam keping.  
Kacau sehingga agak pekat dan naik minyaknya. Jangan terlalu kering biarkan berkuah sedikit. Akhir sekali masukkan ikan yang sudah digoreng tadi dan gaul rata.
dan masukkan bahan bahan yang akak tambah tadi seperti - bawang besar, cili api dan daun limau purut.
Taburkan daun kunyit yang dimayang halus dan angkat.  Sedia dihidangkan.

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...