followers

salji

waktu

bird terbang

Monday, September 16, 2013

KARI IKAN BAWAL BENDI


awal pagi tadi ke ipoh nak cari breakfast.... balik pun dah lewat... jadi hari ni rasa malas nak masak.... tapi terlupa dah janji dari semalam dengan mr suami hari ni nak masakkan KARI IKAN BAWAL BENDI ... ermmmm.. sedap pulak makan dengan nasi panas bersama ikan goreng jelatah dan sambal belacan serta ulam timun


KARI IKAN BAWAL BENDI

2 ekor ikan bawal - kerat beberapa bahagian
tumbuk:
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1' halia

2 sb serbuk kari
1 cawan santan pekat
1 cawan air
2 keping asam keping
2 tangkai daun kari
garam secukup rasa
minyak menumis

1 biji tomato - belah 2
10 - 15 biji bendi

panaskan minyak
masukkan setangkai daun kari dan tumiskan bahan tumbuk hingga garing.
masukkan serbuk kari serta setangkai daun kari lagi dan masak hingga terbit minyak dan masukkan sedikit air. kacau rata.
kemudian setelah berbau harum masukkan santan pekat, asam keping dan sedikit air lagi.
biarkan mendidih dan masukkan ikan tadi serta garam.
didihkan sekali lagi dan masukkan tomato segar dan bend tadi.
bila benar benar masak tutup api. bolehlah dihidangkan

Sunday, September 15, 2013

KEK LUMUT


hati teruja nak mencuba bila mana terlihat ramai sahabat blog yang telah mencuba kek lumut ni... aduyaiiii... tersangat sedap rupanya kek ni.. x rugi berjaga selama 4 jam sambil berfb hehehe... kek ni akak guna loyang 10".
akak siap menjamu pada sepupu datang dari KL, dia ni seorang pengemar tegar kek lapis serawak.. dan pernah menjadi pengedar kek lapis.. pun kata sedap sangat... siap minta nak bawa balik lagi... x kisahlah tu... akak pack semua yang akak jamu untuknya... bukan kerana telah mendapat pujian darinya tapi pemberian yang ikhlas dari akak... 
lain kali teringin nak mencuba resepi kek lumut versi lain pulak... ermmm.. sedap sangat...

KEK LUMUT
saji 8/13

500 g mentega tulen
1 1/2 cawan gula halus

bahan B
1 cawan horlicks
2 cawan nestum - kisar halus
1 cawan tepung kek

bahan bahan
1 sk vanila
1 sb pandan emulco
1 sk pewarna hijau
1 sk pewarna coklat
10 biji telur sz A
1 cawan kaya
1 cawan susu

1- masukkan bahan A iaitu mentega dan gula di dalam mangkuk pemutar kek. pukul hingga kembang.
2- kemudian masukkan telur satu persatu dan pukul lagi hingga gebu.
3- satukan bahan B, horlicks, nestum dan tepung kek di dalam mangkuk. masukkan ke semua bahan ini, di dalam adunan telur. pukul sebati.
4- masukkan kaya dan susu, sebatikan adunan. masukkan esen vanila dan pukul seketika.
5- selepas itu, masukkan pula pandan emulco, pewarna hijau dan pewarna coklat. pastikan jangan terlalu banyak, kerana ia akan menjadi pahit.
6- tuangkan adunan yang telah sebati, di dalam loyang kek yang telah di alas dengan kertas minyak. kukus selama 4 jam

PASTRY & BAKERY CLASS


gambar yang terlepas pandang untuk di abadikan di sini... sebenarnya akak belajar sebelum bulan puasa dulu... lama betul terperam kat lappy.. baru ni akak teringat nak letakan di sini... akak belajar 4 jenis... semuanya sedap sedap... ok.. layan gambo je ye....


indulgence cake


butter scotch cake


snow cheese cake


lady finger


 tiramisu


Friday, September 6, 2013

SAMBAL TUMIS IKAN BILIS PETAI


alahai lama betul x makan petai ni... gara gara semua ahli keluarga x suka... hanya akak sorang je yang suka... huhuhu... tapi yang heran tu.. dorang teringin juga nak rasa sambal tumis akak ni...  tapi hanya pilih sambal ikan bilis jer... banyaklah tergolek isi petainya... sebenarnya kalau ambil sambalnya pun bau petai yang semerbak tu tetap ada... x kemana hilangnyakannnn... mr somi adalah juga curik curik makan petainya... bila sakit perut salahkan petai lak... heyy.. cik abe... si isteri makan x de pape pun... malah bertambah tambah selera makan...

RESIPI SAMBAL TUMIS IKAN BILIS PETAI

1 mangkuk kecil ikan bilis - dibersihkan, tumbuk x lumat sangat dan digoreng lalu diketepikan
2- 3 papan petai
10-15 tangkai cili kering - tumbuk 1/2 lumat
5 biji bawang merah - tumbuk halus
2 ulas bawang putih - tumbuk halus
sedikit jus asam jawa
sedikit belacan
minyak menumis
garam
gula
bawang besar - dipotong bulat

panaskan minyak tumis bahan yang ditumbuk hingga garing dan berbau harum
masukkan asam jawa dan masak lagi hingga kering.
masukkan belacan. kacau lagi hingga sebati.
masukkan ikan bilis yang goreng tadi dan petai serta bawang besar yang dipotong bulat.
perasakan dengan garam dan gula.masak lagi hingga betul betul kering.
siap.

* boleh masukkan sedikit shj sos tiram dan sos tomato.. tapi masaklah juga hingga kering

SAYUR LODEH HATI AYAM BERTUMIS


nak habiskan stok hati ayam... yang tidak digemari oleh ahli keluarga.. adoiii... setiap kali beli ayam memang dapat hati pedal bagai ni.... sayang nak dibuang.. sedangkan ia x mendapat tempat dihati seisi keluarga.. akhirnya akak buatkan sayur masak lodeh... bukan makan dengan nasi impit tapi buat untuk hidangan tengahari jer...

SAYUR LODEH HATI AYAM BERTUMIS

bahan A
1/4 kg hati ayam
50 ml minyak masak

bahan B - kisar
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang serai - ketuk

bahan C - di sangai dan blend
15 g ketumbar
10 g jintan manis
10 g jintan putih
1/2 st serbuk kunyit

bahan D
30 g udang kering
40 g cili kering - kisar
1 L santan
2 helai daun kunyit
1 st gula
garam secukup rasa

bahan sayur: (ikut suka)
50 g karat
30 g kacang panjang
30 g bunga kubis
30 g kubis bulat
1-2 keping tauhu - goreng sekejab
20 g fucuk
20 g suhun
1 keping tempe

panaskan minyak dan tumis bahan B dan bahan C sehingga naik bau.
kemudian masukkan cili kering, serbuk kunyit dan udang kering lalu ditumis sehingga cili masak. masukkan pula hati ayam dan masak hingga empuk.
setelah itu masukkan pula santan dan semua bahan sayuran yang telah dipotong. 
apabila santan telah mendidih masukkan garam secukup rasa.
angkat dan hidangkan.

MENERIMA TEMPAHAN CUST - MOIST CAKE




Thursday, September 5, 2013

SERUNDING DAGING


biasanya kalau dapat daging kurban, akak suka sangat buat serunding daging sebab stok daging banyak sehingga x muat untuk disimpan. caranya yang terbaik akak basuh bersih ketulan daging ni dan masukkan  dalam pressure cooker rebus hingga lembut. setelah sejuk baru akak buka dan dapati daging telah mengecut ke semuanya... jika nak simpan pun boleh tahan berbulan lamanya di dalam freezer... dan jika rajin bolehlah mula menyiat daging ni untuk dibuat serunding...
setiap kali membuat serunding memang akak selalu guna resepi ni.. sedap, secukup rasa semuanya... makan pulak dengan nasi panas beruwap tu.. aduhai.... boleh bertambah nasi...!

SERUNDING DAGING
saji 3/01

600 g daging lembu - dipotong 6 & bersihkan
1 biji kelapa parut - perah santannya

bahan kisar:
4 tangkai cili kering
1 cm halia
1 cm lengkuas
2 batang serai
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih

2 helai daun kunyit - hiris halus (jika suka wangi)
3 sudu gula + gula merah
1 sb ketumbar  disangai
1 sb jintan manis   } disangai &
1/2 sb jintan putih } di blend
garam secukup rasa

daging direbus hingga empuk kemudian disiat siat sehingga halus.
masukkan santan dan bahan kisar ke dalam kuali kemudian jerang di atas api.
kacau dari masa ke semasa hingga pecah minyak kemudian masukkan daging, bahan bahan tumbuk, garam, gula dan daun kunyit (*jika suka)
kacau hingga rata dan biarkan hingga kering. masukkan biji ketumbar tabur ke dalamnya. keringkan lagi dan angkat.

KETAM KUKUS TELUR MASIN



lama betul x makan ketam telur masin.. rindu nak makannya... dulu akak pernah buat tapi alahai.. rasanya dah lebih setahun yang lalu.. ermmm lama tu... mana x rindu datang bertandang lagi.. fuhhh.. memang sedap.. untuk resepinya akak letakkan semua di sini.. senang sapa nak tengokkan... oh ye.. pesan akak... sebaiknya ketam tu dikukus sekejab agar isinya x kering berbanding jika digoreng..

RESIPI KETAM KUKUS TELUR MASIN

1. Ketam bunga - 3 ekor (potong setengah & kukus)
2. Kuning telur masin - 5 biji (direbus)
3. Bawang putih - 3 ulas (dicincang)
4. Cili padi - 8 biji (dicincang)
5. Tepung kanji - 2 sudu besar
6. Mentega - 2 sudu besar
7. Susu cair - 2 sudu besar
8. Daun kari - 5 helai
9. Garam & lada sulah secukupnya

1. Kukus ketam hingga masak dan toskan airnya
2. Gaulkan ketam bersama tepung kanji & goreng di dalam minyak yang banyak. Toskan & angkat. Ketepikan
3. Tumis bawang putih yang dicincang bersama mentega dan kuning telur masin yang juga dicincang dengan api perlahan
4. Masukkan daun kari dan susu cair
5. Masukkan ketam yang digoreng tadi, gaul mesra
6. Perasakan dan sedia dihidangkan

MEE BANDUNG





MEE BANDUNG
sharifah azizah

Bahan-bahan ( 6-7 orang )

1 kg mee kuning

bahan kisar:
12 biji cili kering,
6 ulas bawang merah,
5 ulas bawang putih,
sejemput ikan bilis - akak tukar segenggam udang kering (rendam dl)

2 sudu makan tepung jagung, dibancuh dengan 1/2 cawan air.

1 1/2 liter air
400 g isi ayam dipotong kecil
200g bebola ikan - akak tukar bebola daging
3 keping tahu - goreng dan hiris
1 pokok sawi - celur _ gaulkan kedua duanya
1/4 kg taugeh - celur
2 sudu tomato puri - akak guna cili sos
garam dan serbuk perasa secukup rasa
2 sudu teh asam jawa dibancuh dengan 1/2 cawan air.
2 sudu makan gula
3/4 cawan minyak masak
5 biji telur - pecah dalam kuah yang mendidih / boleh juga dibuat telur rebus
2 sb tepung jagung bancuh sebagai pemekat
cili merah - hiris
daun bawang - hiris
bawang goreng
limau kasturi - belah 2

Cara-cara

celur mi dan masukkkan ke dalam bekas menghidang
panas kan minyak, tumis bahan kisar hingga naik baunya
masukkan bancuhan tepung jagung, air asam jawa, garam, gula, tomato puri(cili sos), ayam dan bebola ikan(daging). rasa garam gulanya.
pecahkan telur ke dalam kuah mi.
akhir sekali masukkan sawi dan taugeh (gaulkann dl).
tuangkan kuah ke dalam mangkuk mi. Hidangkan. Tuburkan daun bawang dan daun sop jika suka, cili merah dan bawang goreng serta limau kasturi.

SAMBUTAN KRT BANDAR U MENJELANG MERDEKA


dah 6 hari berlalu kita menyambut kemerdekaan raya... baru kini akak berkesempatan memuatkan gambar di sini... suasana sambutan di tempat begitu meriah sangat... Alhamdulillah hiasan sempena merdeka di pondok SRS telah dapat tempat ke tiga di peringkat negeri... terima kasih kepada ajk yang bersusah payah serta bertungkus lumus menyiapkan pintu gerbang lambang bendera ni..
 KRT BANDAR U

sebahagian dari JIRAN WANITA BANDAR U


sempat juga akak menyiapkan kek ni untuk sponsor kepada grop KRT.. tapi agak kurang kemas sikit sebab kek ni akak deko ketika masih suam suam... dah x sempat...


4 batang bunga api setiap satu 140 das bunga api... telah di rasmikan tanda tepat 12 tengahmalam 30hb ogos 2013

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...