followers

salji

waktu

bird terbang

Friday, October 12, 2012

MEE GORENG UMAH


pernah makan x mee ni.. akak nilah pertama kali mencuba.. sebenarnya mee ni rakan akak yang berikan.. dah agak lama juga ia terperap di gobok.. buka ape.. belum ada keinginan nak makan mee.. baru sekarang ni ada selera nak makan... jadi akak buat untuk breakfast.. ermmm.. boleh tahan sedap juga mee ni.. makan sikit pun dah terasa kenyang..
jemput makan semua kawan kawan...


MEE GORENG UMAH

1/2 bungkus mee kering Umah - celurkan mee mengikiut sukatan yang diberi dan toskan
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 sb cili serbuk + sedikit air
1 sb udang kering -tumbuk
sedikit udang
2-3 sb kicap mee
1- sb sos cili
sedikit daun bawang
cili merah - hiris
sedikit garam
sedikit minyak tumis

panaskan minyak, tumiskan bawang hingga wangi diikuti serbuk cili bersama sedikit air.
masukkan udang kering masak hingga rata.
masukkan udang, biarkan ia masak sekejab.
masukkan kicap mee dan juga sos cili.
diikuti dengan mee yang telah dicelur tadi. gaul hingga sebati semuanya.
masukkan daun sup dan cili hiris,gaul rata
last sekali perasakan garamnya.




Thursday, October 11, 2012

MASAK IKAN PATIN GULAI TEMPOYAK BERSAMA TAUGEH KASAR


kali ni akak masak bersama taugeh kasar pulak.... errrmmmm.. sedapnya.. hingga x tau nak diucapkan.. bagi yang x suka tu abaikan je.. hehehe..


MASAK IKAN PATIN GULAI TEMPOYAK BERSAMA TAUGEH KASAR

1 ekor ikan patin - di kerat 4 bhgn
1 biji bawang merah kecil - tumbuk
8-10 tangkai cili api          - tumbuk
1 batang serai - titik
1 senduk tempoyak
1-2 ikat taugeh kasar - buang ekornya
1" kunyit hidup
1 sk serbuk kunyit
air setakat ikan tenggelam
garam
1 sd gula (sebab tempoyak sedikit masam)

masukkan semua dan masaklah sehingga mendidih... rasa asam garamnya..

ATVT KELAS JW - BISKUT BIJAN


kelas kemas telah di batalkan kerana cikgunya telah menghadiri mesyuarat.. jadi akak gantikan kepada kelas masakan jiran wanita.. oleh kerana emergency je.. stok bahan pun x de yang ade hanya ada bijan jadi kenalah fikir nak buat ape dengan bijan ni.. fikir punya fikir maka akak berkongsilah resepi yang amat mudah.. biskut bijan.. biskut zaman mak mak kita.. tapi memang sedap tau biskut ni... ia amat ranggup..


BISKUT BIJAN
Sumber: Buku Resepi Selera Perantau

Bahan-Bahan:

3 gelas tepung ubi
1 gelas tepung gandum
1 gelas bijan - sangai / bakar
2 biji kuning telur 
1 gelas mentega
1 ½ gelas gula halus
1 camca kecil soda bikarbonat
1 camca kecil esen vanila

Cara:
Tepung ubi, tepung gandum dan soda bikarbonat diayak bersama terlebih dahulu. Mentega dan gula dipukul hingga kembang, masukkan telur satu persatu diikuti dengan esen vanila. Masukkan bijan dan tuangkan tepung sedikit demi sedikit. Terap dengan acuan sesuka hati dan bakar hingga kekuningan.

Wednesday, October 10, 2012

ATVT KELAS JW - JELLY PUDING KASTAD


nampak x ramai orang kat belakang tu.. sebenarnya gambar ini di ambil dari kelas berkongsi resepi JW Bandar U.. setelah kawan akak sudah selesai berkongsi resepi bubur som som.. jadi atas pemintaan dari rakan rakan meminta akak berkongsi satu resepi yang mudah.. disebabkan masa pun masih awal lagi jadi akak pun berkongsilah resepi yang mudah dan cantik serta sesuai untuk majlis besdei anak anak.. juga untuk sebarang majlis sebagai pemanis mulut (dessert)
dulu pun akak pernah buat di sini... resepi yang amat mudah...


JELLY PUDING KASTARD
cha

bahan:
jelly secukupnya ( warna warni dalam bekas plastik)
pudding  secukupnya
nata de coco - pun boleh (ikut suka)

utk sos custard:
1 tin susu cair
3 ke 4 sd makan tepung custard di larutkan dgn 1 tin air (tin susu)
3/4 cwn  ke 1 cwn gula
air dr nata de coco / cocktail fruit
1 sdK esen vanila

sediakan bekas dadih yang tinggi secukupnya.

cara cara:
masak semuanya hingga sedikit pekat..
(kaedah mcm sos ler kan xde pekat xde cair sngt)
sejukkan sebentar
then baru tuangkan ke atas jelly, pudding, nata de coco & cocktails fruits tadi...
****klu kurang pekat bole lah tmbhkan bancuhan


Monday, October 8, 2012

ATVT KELAS JW - BUBUR SOM SOM


cantik x kaler merah merah gini..... mesti la cantikkan...
bubur som som ni bukan akak yang buat tau.. sebenarnya ini adalah resepi kelas berkongsi resepi dari JW... ia di ajar oleh puan Nor Asmawati Mohd Yusuf.. terimakasih kak Ti sudi berkongsi resepi ni.. sedap dan cantik....


RESEPI BUBUR SOM SOM
JW puan Norasmawati

1 cwn tpg beras
Rm3 santan
1 jug air
sedikit garam

Sirap Gula: (dimasak)
1/2 kg gula pasir
air secukupnya
pewarna merah atau sirap
daun pandan - untuk wangi


masak semua adunan dengan api yang sederhana dan hendaklah di kacau selalu agar tepung benar benar masak sehingga hampir pekat
bila adunan masak tuangkan ke dalam acuan yang dikehendaki.
biarkan sejuk atau sebaiknya time nak makan barulah di tuang sirap gula kedalam bekas.
boleh disimpan di dalam peti ais
sedap dimakan sejuk sejuk...

selepas dituangkan adunan ke dalam bekas, bolehlah di masak sirap gulanya pula.
masukkan semua bahan dan masaklah sehingga mendidih (jangan terlalu cair dan jangan terlalu pekat.. ikut kemanisan sendiri)

KETAM MASAK LEMAK NENAS CILI API


hari ni en Suami beli ketam.. tu tandanya selera dia dah mai... kalau dia yang beli memang akak x yah susah susah nk fikir masak ape....+-@#%^*&!  kompom dia nak akak masak ketam ni untuk dia... senang beno keje akuu....... heheh
yang senangnya en suami ni.. dia x kisah nak masak ape kat ketam ni... asalkan dimasak!


layan sajalah ketam masak lemak cili api bernenas ni.. sebab anak pun dah tentu sukaa!


RESIPI KETAM MASAK LEMAK NENAS

4 ekor ketam bunga
1/2 biji nenas madu
15 tangkai cili api - tumbuk
1/2 biji bawang besar - tumbuk
2 cawan santan pekat + sedikit air jika perlu
1 batang serai - titik
1 helai daun kunyit - koyakkan
sedikit kunyit hidup - tumbuk
garam secukup rasa


campurkan semua sekali dan masaklah sehingga mendidih.
bila ketam telah bertukar warna kemerahan maka masaklah masakan ni.
rasalah garamnya. bolehlah di angkat.

Sunday, October 7, 2012

BINGKA PANDAN


Sebenarnya terus terang akak katakan di sini.. akak memang bukan pengemar kuih bingka tepung.. yang akak suka adalah bingka ubi sahaja.. x tau kenapa... sejak kecil lagi akak x berapa suka sebab akak pernah makan bingka yang agak kejung je buatannya.. membuatkan akak x de hati nak menerimanya lagi.. tapi berbeza untuk resepi yang ni... lembut dan sedap sangat...
sebenarnya kuih ni akak buat untuk di bawa ke surau... Alhamdulillah.. ramai yang suka rupanya...


semasa akak gader gader dengan grop Jalinan Kasih Semanis Kurma (JKSK/fb) khas untuk wanita warga Perak je.. Mimi bawa pelbagai jenis juadah...salah satunya kuih ni... sekali rasa terus terpikat dengan kuih bingka ni... Mimi ni sebenarnya sangat rajin membuat kuih muih untuk jualan setiap hari.. akak pun mintalah resepinya dan bila akak buat akak sharekan  di sini pula.. Mimi izinkan akak sharekan bersama rakan blogger pula ye... terimakasih Mimi.. semoga rezeki jualan kuih Mimi bertambah laris selepas ini.. amiiin
tapi akak dah derhaka sikit pada resepi Mimi ni.. akak x guna santan sebab amat malas nk keluar.. sebaliknya akak guna susu kotak.. hasilnya sangat lembut dan sedap...


KUIH BINGKA PANDAN ♥
Sha Hafizi(mimi) fb

31/2 cawan santan * akak guna susu fresh kotak
2 cawan tpg gandum
1 cawan gula
4 biji telor
sikit pewarna hijau(saya blend santan dgn daun pandan je,tu warna tak terang)
sikit garam

bijan secukupnya

CARA: blend semua bahan sebati,.panaskan loyang masuk minyak atau mejerin sikit,.masuk adunan, tabur bijan, bakar 1jam,.suhu 170,.siap:)


CHICKEN BALL KARI BERIANI



Jom kita makan kari beriani pula.... sedap ni... biasanya akak masak guna kari biasa je tapi kali ini nak tukar selera dengan kari beriani pulak...


CHICKEN BALL KARI BERIANI

15 biji chicken ball
1 biji bawang besar - dikisar
4 ulas bawang putih - dikisar
1/2 inci halia - dikisar
1/2 sudu lada hitam - dikisar
2 sudu besar rempah kari ayam
2 sudu besar rempah beriani
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
2 cawan air
1/2 cawan susu segar
1 biji tomato - dibelah 4
2 biji kentang
Garam dan gula secukup rasa

Bahan tumis :
1 batang serai - dititik
1 helai daun pandan
4 tangkai daun kari
2 ulas bawang merah - dimayang
4 sekawan bahan tumis
Sedikit minyak



 Cara-cara :

Tumiskan semua bahan tumis hingga naik bau.
Masukkan bahan yang dikisar, kacau sebati.
Masukkan rempah kari, rempah beriani, cili kisar, sos cili dan sos tomato, kacau sebati
Masukkan 2 cawan air, kacau dan biar mendidih.
Masukkan ayam, garam dan gula secukup rasa, kacau dan masak hingga ayam empuk dan pecah minyak.
Masukkan susu segar dan tomato, biar mendidih, matikan api dan sedia untuk dihidangkan.

SAMBAL QUININ


dua tiga hari akak makan nasi dengan sambal quinin je sebab nak habiskan stok...beli 2-3 biji kat pasar tu hari.. hehehe
anak dah mula tegur nape ari ari buat sambal ni..?
wahai anak.... buah quinin bukan seperti buah apple dan limau.. sentiasa ada x ikut musim... korang kena makan sambal yang sedap ni sebab kalau bukan kerana musimnya... mungkin.. korang x kan jumpa buah quinin yang sedap ni.. jadi ambil kesmpatan ni cepat.. 


SAMBAL QUININ

1 biji buah kuinin - cincang isinya
1 biji cili merah 
6-8 tangkai cili api
secubit ikan bilis - basuh
sedikit belacan
sedikit garam

tumbuk lumat cili, belacan dan garam
campurkan ikan bilis dan tumbuk jangan lumat sangat.
gaulkan isi kuinin yang dicincang tadi.

SAYUR KAILAN IKAN MASIN




kalau anak berkumpul di rumah hujung minggu memang sayur nilah yang jadi kegemaran dorang... sayur sayur lain jarang yang dorang minat...

RESIPI SAYUR KAILAN IKAN MASIN

1 ikat sayur kailan - potong dan bersihkan (asingkan batang yang keras - hiris nipis)
sedikit karat - potong panjang
1/2 biji bawang besar - potong 1/2 bulat
1 ulas bawang putih - ketuk
5-8 biji cili api - belah x putus
sepotong ikan masi tenggiri - potong/ketuk sikit
sedikit sos tiram
sedikit air
sedikit garam *jika perlu
sedikit minyak tumis

panaskan sedikit minyak.
goreng ikan masin yang diketuk sikit hingga wangi dan ketepikan di tepi kuali.
kemudian terus masukkan bawang bersama cili. bila hampir layu gaulkan sekali ikan masin tadi.
masukkan pula sos tiram serta sedikit air. biarkan mendidih sekejab.
masukkan batang sayur kailan, gaul sekejab dan di ikuti daun kailan. gaul sebati.
masukkan garam jika perlu.
angkat dan tabur ikan bilis goreng di atas sayur

sedia dihidangkan makan panas panas...




poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...