followers

salji

waktu

bird terbang

Friday, October 12, 2012

MEE GORENG UMAH


pernah makan x mee ni.. akak nilah pertama kali mencuba.. sebenarnya mee ni rakan akak yang berikan.. dah agak lama juga ia terperap di gobok.. buka ape.. belum ada keinginan nak makan mee.. baru sekarang ni ada selera nak makan... jadi akak buat untuk breakfast.. ermmm.. boleh tahan sedap juga mee ni.. makan sikit pun dah terasa kenyang..
jemput makan semua kawan kawan...


MEE GORENG UMAH

1/2 bungkus mee kering Umah - celurkan mee mengikiut sukatan yang diberi dan toskan
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 sb cili serbuk + sedikit air
1 sb udang kering -tumbuk
sedikit udang
2-3 sb kicap mee
1- sb sos cili
sedikit daun bawang
cili merah - hiris
sedikit garam
sedikit minyak tumis

panaskan minyak, tumiskan bawang hingga wangi diikuti serbuk cili bersama sedikit air.
masukkan udang kering masak hingga rata.
masukkan udang, biarkan ia masak sekejab.
masukkan kicap mee dan juga sos cili.
diikuti dengan mee yang telah dicelur tadi. gaul hingga sebati semuanya.
masukkan daun sup dan cili hiris,gaul rata
last sekali perasakan garamnya.




poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...