followers

salji

waktu

bird terbang

Thursday, January 24, 2013

KEK JANTUNG PISANG / KEK GORENG


kek ni akak belajar dari kelas Kemas.. sebenarnya kek ni adalah dari kek orang lama... nampak cantikkan lapisnya.. sekali pandang memang seperti kek lapis serawak tapi yang bezanya kek ni hanya digoreng di atas api yang paling kecil dalam kuali yang paling kecil saiznya..
proses buatnya x lah sukar seperti yang disangkakan.. hanya letak adunan dan buila garing bahagian bawahnya angkat kek keluar dan letakkan sesudu lagi adunan ditengah kuali..letak semula adunan kek yang di angkat ratakan sekeliling adunan dengan sudip.. ulang saja setiap proses yang sama hingga habis...


KEK JANTUNG PISANG (kek goreng)

1 mangkuk tepung gandum * jika guna tepung kek x perlu letak B.powder
1 sudu baking powder
8 biji telur ayam
1 ketul buttercup
1 sudu  kecil vanilla
1 cawan gula

pukul buttercup bersama 1 cawan gula hingga kembang
ayak tepung gandum bersama baking powder.
masukkan telur satu persatu sambil dipukul sebati
kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil digaul sebati

panaskan kuali bersaiz paling kecil kemudian masukkan adunan 1 sudu ditengah kuali masaklah sehingga kekuningan.

angkat keluar adunan yang telah masak kemudian masukkan 1 sudu lagi adunan dan letakkan ditengah kuali. bila nampak yang adunan kedua tapi hampir masak, kemudian masukkan semula adunan pertama(yang dikeluarkan tadi) letakkan di atas adunan
** buatlah adunan ini sehingga habis dengan cara yang sama seperti lapisan pertama dan kedua tadi.(ANGKAT DAN LAPISKAN SEMULA)


(jika ada adunan yang x rata di sekeliling tepinya.. jangan susah hati.. setiap kali letak adunan tolakkan adunan ke dalam dengan sudip agar ia nampak bulat ** perhatian: x perlu di terbalikkan adunan kek hanya teruskan melapis hingga habis dan kek akan menjadi besar dan tebal)

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...