followers

salji

waktu

bird terbang

Saturday, January 12, 2013

AGAR AGAR TEMBIKAI


belajar dengan Kemas baru baru ni... cantikkan.. puding ni agak kental dan sesuai untuk dibuat hantaran.. akak rasa agar agar ni agak manis sikit tapi pada yang berminat nak mencuba bolehlah dikurangkan sedikit gula mengikut citarasa masing masing...

* gambar diambil dari kelas kemas

RESIPI PUDING TEMBIKAI
kemas

25g agar agar kering
3 biji telur
3 cawan gula (boleh kurangkan)
4 gelas air
sedikit vanila
sedikit pewarna hijau
sedikit pewarna merah
1 ketul gula batu
sedikit kuaci hitam (yang kecil)

rendam agar agar sebentar kemudian dimasak bersama empat cawan air hingga agar agar menjadi cair.
apabila agar agar telah cair masukkan gula pasir dan gula batu kacau hingga cair dan mendidih.
asingkan putih telur daripada kuningnya, masukkan bahagian putih telur dalam mangkuk dan dipukul hingga kembang dan menjadi buih kekal (meringue)
apabila agar agar telah cair curahkan ke dalam adunan putih telur yang telah dipukul tadi, pukul lagi hingga adunan sebati.
apabila adunan separuh beku masukkan pewarna merah di bahagian tengahnya sambil di kacau perlahan lahan(jangan dikacau keseluruhan adunan tu..)
biarkan adunan tadi menjadi beku dan sejuk kemudian keluarkan dari mangkuk dengan cara terbalikkan dan bolehlah disapu pewarna hijau pada bahagian luarnya.
kemudian bolehlah dipotong potong seperti memotong buah tembikai (jangan terlalu nipis) kemudian dicucuk kuaci hitam. siap!

* boleh dibuat hantaran pertunangan dan perkahwinan
* sebaiknya cari warna yang betul betul merah atau kuning
* sebaiknya buatlah di dalam mangkuk kaca (mangkuk nasi) agar nampak dari luar

5 comments:

  1. cntik macam tembikai......mesti sdp ni norlie

    ReplyDelete
  2. Cantik nya.. camner nak buat kulit tembikai jadi melengkung tu?

    ReplyDelete
  3. kuaci 2 boleh diganti dgn kismis hitam ataupun cincau yg ditabur kat atas agar2 sebelum sejukkan..mudah nak makan :)

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...