followers

salji

waktu

bird terbang

Sunday, April 10, 2011

BUBUR ANAK LEBAH



hanya orang Perak tulin je yang kenal bubur anak lebah ni.. tu pun bukan semua orang Perak kenal. belah utara dan selatan langsung x kenal! bubur ni paling terkenal di sekitar Perak Tengah je.. kalu dulu dulu orang buat untuk meraikan kelahiran orang baru tapi kini apa saja kenduri pun orang dah mula memperkenalkannya semula sebagai hidangan pencuci mulut.
bubur ni bukan akak yang masak tau.. tapi bubur ini pemberian kawan yang membuat majlis cucur rambut kelahiran baby barunya... seronok  baru dikurniakan anak perempuan... anak dulu semua lelaki.
bila dengar bunyi yang pelik "Anak Lebah" jangan pula ada yang rasa terkezzuuuut lak... sekor anak lebah @ ayah atuk serta kerabat lebah pun x ada dalam bubur ni.. madu lebah pun x masuk yee... jangan takuuuut!!

seandainya ada yang teringin nak mencuba bubur anak lebah ni di bawah sini akak sertakan resepinya.. mudah je.. bahan pun x banyak. cara buat pun sama seperti cendol. ape tunggu lagi jom...

RESIPI BUBUR ANAK LEBAH

500g tepung beras kisar - cap ros/gajah/bunga raya
500 ml santan pelat
1 kg gula pasir + gula melaka - pilih salah 1 pun boleh.
sedikit garam
daun AIR kapur sebagai pengental adunan

bancuh tepung beras dengan sedikit air dan masukkan air kapur ke dalam adunan tepung.
gaulkan adunan sehingga menjadi seketul doh dan bahagikan kepada beberapa bahagian kecil.
kemudian sangatkan kepada acuan yang banyak lubang seperti kita membuat cendol. ketepikan dulu.

dalam periuk lain:
masaklah santan, gula, daun pandan, gula merah jika suka hingga mendidih.
perlahankan api dan parutlah tepung anak lebah tadi terus ke dalam periuk berisi santan tadi. guna acuan cendol seperti buat maruku tu lagi senang..
kacau. tunggu hingga tepung anak lebah tu masak sepenuhnya. anggaran 10minit >.

* kalau boleh bancuhan kuah cairkan sikit sebab adunan tepung itu sendiri akan memekatkan kuahnya nanti.
* sedap di makan bersama sedikit pulut putih -gaulkan seperti kita makan cendol.

No comments:

Post a Comment

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...