followers

salji

waktu

bird terbang

Monday, March 12, 2012

BUBUR ANAK LEBAH (PERAK)

)

bubur yang terkenal di sekitar Perak khasnya kawasan Perak Tengah dan Kuala..
biasanya bubur ni di masak time majlis lepas pantang @ lebih di kenali majlis berendoi.. tapi sekarang ni orang sudah mula porpularkan semula bubur anak lebah ni.. x kira apa saja kenduri kendara.. dah ramai orang buat bubur ni.. satu petanda baik agar tidak dilupakan untuk generasi akan datang..
untuk pengetahuan.. bubur ni lebih cantik dan menarik jika di warnakan dengan warna hijau dari jus air pandan ia akan lebih wangi.
bubur ni amat sedap di makan begitu saja tapi bagi akak ia lebih sedap kalau ia di campurkan dengan sedikit pulut ke dalam lagi bertambah sedap tau...


RESIPI BUBUR ANAK LEBAH
di sini

500g tepung beras kisar - cap ros/gajah/bunga raya
500 ml santan pelat
1 kg gula pasir + gula melaka - pilih salah 1 pun boleh.
sedikit garam
daun AIR kapur sebagai pengental adunan

bancuh tepung beras dengan sedikit air dan masukkan air kapur ke dalam adunan tepung.
gaulkan adunan sehingga menjadi seketul doh dan bahagikan kepada beberapa bahagian kecil.
kemudian sangatkan kepada acuan yang banyak lubang seperti kita membuat cendol. ketepikan dulu.

dalam periuk lain:
masaklah santan, gula, daun pandan, gula merah jika suka hingga mendidih.
perlahankan api dan parutlah tepung anak lebah tadi terus ke dalam periuk berisi santan tadi. guna acuan cendol seperti buat maruku tu lagi senang..
kacau. tunggu hingga tepung anak lebah tu masak sepenuhnya. anggaran 10minit >.

* kalau boleh bancuhan kuah cairkan sikit sebab adunan tepung itu sendiri akan memekatkan kuahnya nanti.
* sedap di makan bersama sedikit pulut putih -gaulkan seperti kita makan cendol.


poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...