followers

salji

waktu

bird terbang

Saturday, June 4, 2011

KEK PISANG GEBU



hari ni dan semalam kenapalah terlebih rajin lak akak ni.. buat kek 2 hari berturut turut.. butter kiwi cake semalam dah laris.. x puas makan kek jadi hari ni buat lagi kek tapi kali ini akak ikut resepi DJ.. wah memang gebu sesangat kek ni... kek ni akak possingkan ketika baru kuar oven dan masih panas lagi ni... ok pape pun jom kita layan resepi kek DJ ni..


Kek Pisang Gebu
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
  • 2 cawan  tepung gandum (DJ guna 1 3/4 cawan tepung dan 1/4 cawan horlicks)
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 cawan pisang yang sudah dilecek
  • 1/2 sudu besar ovalette
  • 1/4 cawan susu cair atau susu segar
  • 4 biji telur gred B
  • 1 cawan gula kastor (-/+)
  • 1 sudu kecil esen vanilla atau esen pisang
  • 100 ml minyak jagung atau mentega cair
Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 160-170C atau ikut suhu oven masing-masing. Griskan loyang kek dengan mentega.
  2. Dalam bekas/mangkuk yang agak besar, satukan kesemua bahan di atas KECUALI pisang dan minyak jagung/mentega cair. Putar adunan pada kelajuan minima selama 1 minit dan kemudian putar lagi pada kelajuan maksimum sehingga kembang dan gebu.
  3. Masukkan pisang yang sudah dilecek tadi dan putar perlahan hingga sebati.
  4. Akhir sekali tuangkan minyak jagung/mentega cair dan kacau perlahan-lahan dengan menggunakan senduk kayu atau spatula.
  5. Apabila sudah sebati, tuangkan adunan ke dalam loyang kek dan bakarlah selama 45-50 minit atau hingga masak keperangan. 
  6. Setelah masak, sejukkan kek sebelum dipotong.

UDANG GORENG TEPUNG


janganlah ketawakan akak melihat udang penyet akak ni ye.. malu gak nak letak sini.. dulu pernah buat menjadi gebu tapi x ambil gambarnya.. kali ni pulak buruknya nampak!! agaknya akak perap dalam 10 minit je.. lagi pun tercair sedikit adunannya...tu sebabla ia x naik gebu cam hana tu.. akak kena cepat sebab my laling akak nak g keje masa tu..


UDANG CELUP TEPUNG 
  • 20 ekor udang saiz sederhana besar - buang kulit dan tinggal ekor je
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/8 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar minyak masak
  • sedikit daun sup - dicincang halus - x bubuh
  • sedikit pewarna kuning - agar warna tepung kekuningan
  • air secukupnya - lebih kurang 1 cwn (hana guna air rebusan kulit udang) - akak x buat
  • minyak untuk mengoreng.


Cara-cara

  • Toskan dulu udang bagi betul-betul kering, kemudian lumurkan udang dengan sedikit tepung. Ketepikan. >> hana tmbah serbuk lada sulah.(akak pun tambah)
  • Masukkan semua bahan-bahan dalam mangkuk, kecuali air dan pewarna. Kemudian masukkan air sikit-sikit sambil dikacau agar adunan tidak berketul. Masukkan pewarna dan kacau sebati. Adunan ni tidak terlalu cair mcm bancuhan lemping atau kuih ketayap ye, pekat lagi sikit, kiranya bila celup udang tu..tepung akan menyaluti udang sepenuhnya. Biarkan dulu seketika dalam 5-7 minit sebelum digunakan.
  • Panaskan minyak dan boleh la celup udang satu-satu dalam tepung dengan pegang bahagian ekornya, kemudian digoreng dengan api sederhana hingga kekuningan. Angkat dan toskan. Siap.

Friday, June 3, 2011

AYAM SOS KICAP DARI NASI AYAM PANGGANG MADU


ayam panggang madu dari lebihan buat nasi ayam pagi tadi akak olahkan semula untuk dinner akak malam ni hihihi... janganlah ada yang kata kedekut!! bukan kedekut weh...!! sebenarnya untuk elakkan pembaziran kerana nasi ayamnya dah clear..
 nak tau.. rupanya bila akak olah semula ayam panggang madu ni lagi bertambah sedap loo.. my laling siap ratah ratah je ayam ni... 
sebenarnya ayam panggang madu ni memang telah di potong kecil dan di penyetkan dengan pisau masa makan nasi ayam siang tadi, ayam ni agak lerai sikit tapi sebelum akak masak ayam ni, akak dah goreng sikit(2-3 minit jer).. 



RESIPI AYAM PANGGANG MADU SOS KICAP

dalam mengolah semula ayam panggang madu ni akak cuma tambah bawang besar dan seulas bawang putih (tumbuk lumat). panaskan sedikit minyak lalu tumiskan bawang hingga wangi , masukkan ayam - balik balikan dan curahkan baki sos kicap ayam ke semuanya ke dalam kuali. 

** x perlu letak kicap dan garam kerana sos kicap dari nasi ayam ni dah secukup rasa dengan madu dll.

BUTTER KIWI CAKE



sebenarnya.. kek ni dah banyak kali akak buat. kalau hari raya @ ada majlis tertentu akak suka buat kek ni sebab sedap..

my laling sebenarnya kurang suka kek kosong lebih lebih lagi kek bercampur coklat. kalau nak buatkan untuk dia kenalah akak buat fruit cake untuk nya.. sure boleh habis sebuku kek dia makan sorang.. 
oleh kerana kek ni ada rasa buah buah sikit jadi dia boleh la makan nampaknya..

akak pun memang suka kek ni.. sesuai dengan selera akak.

kek ni saja akak buat untuk rakan ofisnya pagi tadi...

untuk pengetahuan semua kek ni unik sikit sebab ia x menggunakan buah kiwi sedikit pun.. x perlulah nak blend buah kiwi...




kek ni sedap ada rasa lemak berkrim gitu..

RESIPI BUTTER KIWI CAKE

A)
2 cawan tepung
1 st serbuk penaik
1/2 sb susu tepung
1 ketul butter

B)
5 biji telur
3/4 cawan gula

C)
2 sb jus kiwi / pes(pekatan)
1 sk biji selasih
sedikit pewarna hijau _ jika suka

* putar (A) hingga gebu dan tidak berbintil.
* pukul (B) sehingga lembut dan pekat.
* tambah (C) ke dalam (B) dan gaul sebati.
* campurkan (A) dan adun hingga sebati.
* tuang adunan ke dalam acuan muffin. (ada kalanya akak buat dalam loyang jer)
* bakar pada suhu 180"C selama 20 minit untuk kapkek dan 45 minit @ hingga masak untuk loyang besar
* siap.

** jangan putar (A) terlalu lama, kek akan terbantut.

NASI AYAM PANGGANG MADU


Ni lah projek awal pagi tadi... Mr hubby request untuk di bawa ke ofisnya.. katanya untuk menjamu/belanja kawan kawannya makan.. x taulah rasanya.. sebab buat waktu pagi, kelam kabut sikit sebab dia pun nak gi kerje.. 


nampaknya tengahari ni dapur akak x berasap la.. ni sebab akak tinggal sorang je.. Mr Hubby sampai umah pun dah petang nanti.. nasi ayam ni merangkap menu breakfast n lunch sekali...


RESEPI NASI AYAM PANGGANG MADU


STOK AYAM

ayam di bersih dan potong 4- jangan di buang kulit dan di rebus jangan terlalu lama bersama dengan leher(kerat pendik pendik) dan lemak ayam. masukkan sedikit garam dan bahan perasa jika suka. bila ayam masak angkat dan toskan .ketepikan.

NASI AYAM

6 pot tin susu beras - di bersihkan/toskan
6 ulas bawang putih
5 helai daun pandan
stok ayam secukupnya
garam
bahan perasa - jika suka
sedikit minyak dan planta untuk menumis
1-2 titik pewarna kuning - jika suka

tanak nasi dengan stok ayam secukupnya (jangan banyak air).masaklah dalam rice cooker.
sementara itu panaskan minyak/planta.
tumiskan bawang putih bersama daun pandan hingga berbau wangi dan masukkan garam.
lalu tuangkan kesemua ke dalam nasi, kacau sebati. jika nak bagi nasi warna kuning masukkan bebarapa titis  pewarna kuning tapi jangan banyak sangat! x bubuh pun x pe..no hal..
* ketika menghidang taburkan daun sup/bawang dan bawang goreng


AYAM PANGGANG MADU

2 ekor ayam sederhana besar - di bersihkan dan di potong 4 kemudian di rebus untuk mendapatkan stok ayam (rujuk di atas)
6 ulas bawang putih
kicap pekat
sos tiram
sos cili
garam
serbuk perasa - jika suka
madu
sedikit rempah lima (masakan cina untuk nasi ayam dorang masukkan) - xde xpe.

lumurkan ayam yang sudah di toskan satu persatu hingga habis kesemuanya. peraplah ayam lebih kurang 1jam @ lebih. jika lama perap lagi sedap.

sementara itu sediakan loyang untuk membakar ayam.
letakkan aluminium foil ke atas dulang dan sapukan planta hingga rata. tujuan jangan bagi ayam nanti melekat. 
setelah ayam di perap susunkan ayam (jangan di tindih) ke dalam loyang dan tutup semula ayam dengan foil - juga telah di sapu planta (x perlu di kemaskan foil tu- cukup sekadar letak untuk tutupkan ayam saja). 
bakarlah 200'C selama 30 minit.
setelah oven berbunyi keluarkan dan terbalikkan ayam tadi masukkan ayam semula ke dalam oven (x perlu di tutup dengan foil atasnya) 
bakarlah selama 30 minit lagi.
siap proses pembakaran!

*kerat keratkan ayam panggang tadi lalu baringkan pisau dan tekan sedikit ayam itu supaya isinya senang di makan.
siramkan sos kicap ke atas ayam panggang.

SOS KICAP

lebihan sos dari perap ayam tadi di masak dengan bancuhan air tepung jagung jika pekat campur sedikit air.
* sos kicap ni pada siapa yang suka pedas boleh di campurkan cili. jika nak beri anak anak makan sos ni dah sesuai.

SOS CILI

kisar:
5 tangkai cili merah
10 tangkai cili api (ikut suka banyak mana)
6 ulas bawang putih

cili sos
garam gula
perasa - jika suka
minyak

masak hingga agak kering bahan blend.
masukkan cili sos, garam gula kacau hingga mendidih dan masak hingga hampir pekat.
setelah masak tutup api dan masukkan minyak lalu di kacau hingga sebati.
siap.

SUP KOSONG

lebihan dari stok ayam untuk memasak nasi (jk air kurang tambah air lagi)
sedikit bawang putih - di tumbuk
sup bunjut - jika suka } pilih salah satu
perasa - jika suka      }
garam
daun sup/bawang
bawang goreng
sedikit minyak menumis

panaskan sedikit minyak.
tumiskan bawang putih yang di tumbuk hingga naik bau lalu di tuang ke dalam baki stok ayam untuk nasi tadi..
masak air sup ini hingga mendidih.
sesuaikan rasanya dengan garan dan bahan perasa.
jika terdapat lemak ayam di dalamnya sup bolehlah di buang keluar dari sup ini. (sebaiknya biar kosong kecuali leher ayam sayang nak di buang!)
*ketika menghidang barulah di taburkan daun sup/bawang serta bawang goreng tadi.


BAHAN SAMPINGAN UNTUK NASI AYAM:

salad/kobis - di hiris halus
timun - di potong serong
tomato - di potong bulat

*** nampak je.. panjang sangat resepi ni tapi sebenarnya senang dan simple je buatnya.. mudah kerana ayam yang di perap campak je dalam oven.. x perlu kita nak kendalikan seperti mengoreng.. dan terpercik sana sini.. ketika ayam dalam oven kita boleh siapkan sup, nasi dan sosnya.. (hanya dengan stok ayam tadi je..)

Thursday, June 2, 2011

CUCUR IKAN BILIS


terasa lapar pulak waktu petang petang gini.. walhal tengahri tadi dah kenyang pun.. herannnnn... adakah ni tanda tanda nak montel lagi..? huik.. takutnya akak ni.. tapi kalau dah lapar... tolak tepi semua perasaan takut tu.. ku telan juga apa yang ada di depan mataku ini.. 1..., 2...biji...., 3... hah.. dah lebih dari 6 bijik??!! dasyatnya.. kalau dah lapar!! x toleh toleh dah... huhuhu


CUCUR IKAN BILIS
myresipi

  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan sayur kucai- dihiris
  • 6 cili kering*
  • 1/2 cawan ikan bilis*
  • 1 bawang besar*
  • 1 cawan air*
  • telur sebiji* (blend bahan*)
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 1/2 sudu teh garam
  • 1 1/2 sudu teh baking powder- sudu rata

satukan tepung gandum, garam dan baking powder dalam mangkok...kacau2 rata....bahan yg telah di blend tadi... lepas tu masukkan dlm campuran tepung tadi...gaul rata. kemudian masukkan sayur kucai tadi dan kacau2 lagi hingga rata. dah siap...simpan dlm peti ais dlm 20- 30 minit....tuk perap kan dia....

keluarkan adunan cucur dari peti ais dan goreng macam biasa... bila dah kuning boleh la diangkat... lepas tu curahkan sos cili..siap..bleh makan dah!! :)

kalau nak masukkan taugeh pun boleh....udang pun boleh....ikut citarasa masing2....

* akak cicah dengan sos ala thai.. - orang malas! hehehe..

AYAM SERI HARUM


sedap masak ni.. biasanya kalau akak masak ayam sebegini akak panggil ia ayam masak ros je sebab ia ada santan. tapi berbeza dengan nama yang K.Nor secubit garam berikan namanya ayam seri harum..ape ape pun nama masakan ni ia tetap menambat selera keluarga akak terutama anak anak akak


AYAM SERI HARUM
resipi : K.Nor@SecubitGaram


Bahan:

3/4 ekor ayam ~ dipotong kecil
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit



2 sudu besar cili mesin

1 biji bawang besar *
3 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1in halia*
1 in kunyit hidup* (* diblend)
2 batang serai ~ diketuk
1/2 cawan santan pekat
1 cawan air
3 kpg asam keping
3 helai daun limau purut ~ dicarik
garam dan gula
1/2 kiub pati ayam

minyak

Cara:
Gaul ayam dgn garam dan serbuk kunyit. Goreng 1/2 masak, angkat dan ketepikan. (kalau tak nak goreng pun boleh, terus aje masukkan dalam kuali)
Tumis cili mesin hingga garing, masukkan serai. Goreng sekejap, masukkan bahan2 yg diblend.
Goreng sehingga pecah minyak (jika tak pecah minyak masukkan 1/2 cawan air dan goreng hingga pecah minyak)
Masukkan santan, air dan asam keping.
Masak hingga mendidih, masukkan ayam, daun limau, garam dan gula secukup rasa dan kiub pati ayam.
Masak hingga ayam masak dan kuah pekat mengikut citarasa masing2.

SI PATIN MASAK GULAI TEMPOYAK


kalau masakan tempoyak ni x yah cakaplah ye.. pebret akak ni...


RESIPI GULAI TEMPOYAK 

1 ekor ikan patin - di kerat 4 bhgn
1 biji bawang merah kecil - tumbuk
8-10 tangkai cili api          - tumbuk
1 batang serai - titik
1 senduk tempoyak baru
1" kunyit hidup 
1 sk serbuk kunyit
air setakat ikan tenggelam
1/2 biji timun - di kerat panjang
garam (akak x masuk gula sebab guna tempoyak baru)


masukkan semua dan masaklah sehingga mendidih.
siap.

Wednesday, June 1, 2011

KARI SOTONG TANPA SANTAN


akak ni x pernah masak kari sotong ni.. pestime mencuba... ermm sedap jugak ye... biasanya kalau masak kari udang tu memang dah selalu la akak masak. kali ni akak gandingkan campurkan kedua dua serbuk kari.. erm.. Alhamdulillah menjadi  juga yee.. sedap!


RESIPI KARI SOTONG TANPA SANTAN

5 ekor sotong
1 bawang besar - hiris
1 biji cili hijau - belah 2
1 batang serai - dititk
1/2 biji tomato
sedikit daun kari untuk menumis
sedikit halia dan bawang putih - ditumbuk
1 sb rempah kari daging
1 sb rempah kari ikan
sedikit pes asam jawa
1-2 sb cili giling/serbuk cili (jika suka)
garam


1. tumis bawang n daun kari, 
halia n bawang putih td sampai naik bau. 
2. masukkan cili giling tggu sampai pecah minyak, masukkan rempah kari. 
3. Tggu sebentar sampai naik bau br masukkan sotong, tomato n cili hijau. masukkan juga garam . 
4. Selepas 5 minit, masukkan air asam jawa. 
5. Kalau nak masukkan santan pun blh. 
6. lastly taburkan hirisan daun bawang. Siap.

TOMYAM CAMPUR


akak dah lama x buat tomyam ni.. biasanya kalau nak makan senang je.. main oder di kedai.. makan pun orang layan siap terhidang jer!! hahaha.. tapi kali ni akak buat sendiri la.. buat sikit untuk makan berdua je ni..
 untuk kali ini akak masak leburkan semua.. baik untuk kesihatan sebab ia x bertumis.. kolestrol dah tepu dalam badan ni.. nak bawa badan sendiri pun x larat dah ni huhuhu... baju raya tahun lepas ada yang dah sendat!! x risau ke???!!


RESIPI TOMYAM CAMPUR

10 ekor udang sederhana besar - bersihkan
sedikit isi ayam - dihiris nipis
2 batang serai - dikerat dan diketuk hujungnya
1/2 biji bawang besar - dihiris bulat
2 ulas bawang putih - ketuk
1 in lengkuas - ketuk
1 in halia - ketuk
2 helai daun limau purut - dikoyak
1 biji tomato segar - dipotong kecil
5- 8 tangkai cili api - belah x putus
sedikit karat dll sayuran
1 ketul kiub knorr
1/2 st sos tiram/sos ikan
sedikit perahan jus limau 
air secukupnya 
sedikit gula garam
sedikit daun ketumbar - hiris, untuk memberi bau 

mula masak air hingga mendidih, masukkan segala serai, lengkuas, halia, bawang ayam, udang, kiub daun limau purut, gula garam, sos tiram, jus limau dll sayuran jika suka. 
akhir sekali sebelum diangkat taburkan daun ketumbar ke dalam tomyam.



* akak bubuh sos tiram kerana akak pernah tanya pada kedai tomyam rahsia masak tomyam.. tukang masak tu kata bubuh sos tiram/sos ikan tapi jangan masuk lebih dari sukatan!! nanti sepoi rasanya!!

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...