followers

salji

waktu

bird terbang

Monday, January 6, 2014

KARI KEPALA IKAN SPECIAL


mahal betul ikan sejak kebelakangan ni... lebih mahal dari ayam... tapi bila teringin juga nak makan mahal mahal pun terpaksa dibeli.. terpaksa juga mengikut kehendak selera... wp harganya mencicah RM30 sekilo hanya untuk bahagian kepalanya saja..
memang dah lama betul akak x masak kari kepala ikan ni... teringin dah meluap luap ni... kalau ada anak dorang larang akak masak kepala ikan ni... takut bodoh katanya... tapi sekarang dorang semua dah merantau.. barulah boleh masak kepala ikan ni.. kalau x kompom kena komplain.. hehehe...

KARI KEPALA IKAN SPECIAL


Bahan-bahan ( 4 org )

1 ekor bhgian kpala ikan.
6 sudu besar serbuk kari kpala ikan baba's
4 sudu serbuk cili jenama baba's
sedikit asam jawa / asam keping
bendi
2 biji tomato (belah 6)
2 biji lada besar warna merah (belah 2)
rempah penumis
sedikit garam
air secukupnya
santan pekat
Daun kari

Cara-cara

tumbuk bawang besar,bwg kecil dan bawang putih.
panaskan minyak mskkn bwg kesemu bwg sehingga garing dan mskkn daun kari sehingga garing juga dan barulah mskkn rempah tumis sehingga naik bau.
Bancuhkan serbuk kari, serbuk cili bersama air asam jawa sehingga sebati. Apabila tumisan bwg dan rempah tumis agk garing boleh lah mskn bacuhan serbuk kari itu tadi.
Kacau bwang bersama bancuhan serbuk kari itu tadi.
kemudian baru la mskkn sedikit air dan tggu hingga mendidih dan masak. klu yg nk mskkn santan/susu cair (ikut suka)
Kemudian br la mskkn kepala ikan merah td. tutup periuk/kuali sehingga kepala ikan td msk.
Kemudian br rse mskkn bhn lain, mskkn dlu lada besar warna merah, diikuti kacang bendi, dan yg last sekali tomato. baru lah nmpk agk2 da nk mskk tu leh la mskkn garam secukupnya. klu agk2 msh kurang masam blh lah mskkn 1-2 asam keping.
Klu nmpk da msk boleh la hidangkan.
** jgn la asyik gaul jer semsa msk tu tkt kepala ikan td hancur x menarik la kn...kacau kuah je bg sebati.

Sunday, January 5, 2014

BINGKA CRACKERS


kuih ni akak buat di kampung semalam.. pagi ni dalam pukul 6.45pagi akak redah balik ke Seri Iskandar Perak kerana nak menghadiri perjumpaan Rakan Kenduri pukul 9 pagi...
buat 2 jenis bingka sebenarnya tapi satu lagi akak x sempat nak ambil gambar di sebabkan terlupa bawa kamera. bingka di dalam gambar di atas tu akak x buat 2 lapisan warna kerana masa pun dah larut malam... akak buat seperti bingka biasa jer tapi tetap letak biskut crackers dalamnya..

BINGKA CRACKERS
Sumber:Kh267tm,
Majalah Aroma Jun2012
loyang 9" bulat

Bahan-bahan

20 keping biskut cream crackers
85 gm.tepung gandum
1 cawan gula pasir
3 biji telur
710 santan atau susu segar
secubit garam
1 sudu besar mentega
1 sudu kecil pandan emulco/pewarna hijau
1 sudu kecil coklat emulco
1 sudu kecil esen vanila
sedikit bijan untuk tabur

Cara membuatnya

Panaskan oven 180'C.Sapukan loyang dengan mentega.
Kisarkan semua bahan kecuali,bijan ,pewarna esen vanila dan coklat emulco.
Bahagikan adunan kepada dua bahagian.
Satu bahagian di letakkan pandan emulco dan pewarna hijau.
Satu bahagian lagi,asingkan satu senduk dan letakkan coklat emulco .Baki adunan di letakkan esen vanila.
Tuangkan adunan vanila ke dalam loyang.
Tompok-tompokkan adunan yang berwarna coklat ke atasnya dan buat corak marble .
Bakar di dalam oven sehingga permukaan atas kelihatan keras sedikit(lebih kurang 15-20 min.)
keluarkan dari oven dan tuangkan adunan hijau pula.Taburkan bijan di atasnya.
Bakar semula di dalam oven selama 45 minit atau sehingga permukaan atasnya keperangan.
Setelah masak ,biarkan bingka sejuk sebelum di potong.

Friday, January 3, 2014

BROKOLI CAMPUR SOS TIRAM


rasa dah terlalu lama x masak brokoli ni.... pebret akak ni...

BROKOLI CAMPUR SOS TIRAM

1/2 Pokok brokoli - hiris kecil (asingkan batangnya)
sedikit kobis - hiris kecil
sedikit sotong 
sedikit ayam
1/2 biji bawang besar holland - hiris
2 ulas bawang putih - ketuk
beberapa tangkai cili api - ketuk
2 sb sos tiram
sedikit air - jika nak sedikit kuahnya
sedikit kicap
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

panaskan minyak.
tumiskan semua bawang hingga wangi dan masukkan ayam. gaul rata dan masukkan sotong dan batang brokoli serta cili api. gaul sekali lagi.
masukkan air dan didihkan sekejab.
masukkan semua sayur hiris diikuti dengan sos tiram dan kicap.
bila sudah sebati semuanya dan sedikit kering masukkan garam secukup rasa.

Thursday, January 2, 2014

BOXING CHICKEN


dah selalu buat ayam ni.. kat sini... ayam ni amat menarik jika dihidangkan di meja pengantin... dan rasa pun sedap..

BOXING CHICKEN

Bahan-bahan:

8 - 10 ketul kepak ayam 
3 ulas bawang putih 
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar kicap manis
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu besar akar ketumbar yg ditumbuk
sedikit garam
1 biji telur ~ dikocok
serbuk roti secukupnya
minyak

Cara-cara:

Kepak ayam dipotong, ambil bahagian atasnya sahaja iaitu bahagian yg banyak isi (boleh juga dibeli bahagian drummet yg telah siap dipotong).
Hiris sedikit bahagian hujungnya dan tarik isinya ke bawah (jangan sampai putus). Ketepikan.
Tumbuk bawang putih hingga lumat dan campurkan dengan kesemua bahan lain kecuali telur, serbuk roti dan minyak.
Gaulkan hingga sebati.
Perapkan ayam bersama bahan-bahan tadi lebih kurang 30 minit.
Celupkan ayam ke dalam telur dan golekkan ayam pada serbuk roti hingga rata.
Kemaskan sambil mengepal isi ayam tersebut. Buat hingga habis.
Kemudian goreng ayam tadi dalam minyak yg telah dipanaskan.
Goreng hingga masak dan keemasan warnanya.
Angkat dan toskan.

Hidangkan Boxing Chicken ini bersama sos cili thai atau sos cili kegemaran masing-masing.

Wednesday, January 1, 2014

UPDATE 2014


aduyaiiii.... blog akak ni dah bersawang dek kerana dah lama x update.... antara sebabnya kurang masa mengadap lappy dan juga menyiapkan tempahan yang ada.. di samping sepanjang cuti persekolahan ini keluarga dari anak cucu ada bersama jadi akak perlu luangkan masa bersama mereka...
setelah sekian lama x update... hampir sepenuhnya habuk di rumah akak ni.. jenuh juga akak nak membersihkannya... hehehe... letih juga ye... nak mengemas kininya....

akak harap sempena tahun baru ni....


akak akan cuba aktifkan semula blog yang dah usang dan bersawang ni... terasa rindu pula bila dah lama x berblog ni... rindu sangat... wp x de sapa yang merindukan gambar masakan akak ni... hehehe... akak tengok kunjungan tu tetap ade wp x la seramai pabila kita rajin updatekan blog.. pada yang sudi berkunjung tu akak ucapkan ribuan terimakasih yang x terhingga rasanya kerana masih sudi singgah dan lap lapkan pinggan mangkuk kat umah akak ni.. hehehe
"SelamaT TahuN BarU 2014"


selamat tinggal tahun 2013.. semoga tahun 2013 banyak memberikan kenangan manis dari kisah dukalara.. dan harapan akak juga semoga tahun baru ini kita semua beroleh kejayaan... untuk diri kita.. keluarga kita dan juga anak anak kita...


untuk berjaya dunia dan akhirat... kita perlu berusaha... kejayaan x kan datang bergolek di depan mata...


SelamaT MajU JayA
Dan
SelamaT TahuN BarU
2014

CONGO BAR


pestime buat congo Bar... akak suka rasanya... dalam gambar ni texture nampak seperti kering je tapi sebenarnya ia moist jer... untuk pengetahuan sebenarnya Congo ni akak ambil gambar ketika baru saja kuarkan ia dari peti ais.. bila kita biarkan ia sekejab barulah ia moist...

CONGO BAR
10x10

Bahan²

220 gm gula perang _ ( Diana guna gula perang yang warnanya gelap sedikit tu )
150 gm mentega
3 biji telur
1 camca teh esen vanila
315 gm tepung serba guna
2 1/2 camca teh serbuk penaik
1/2 camca teh garam
300 gm serpihan coklat
Sedikit walnuts yang dicincang kasar _ ( Saja Diana tambah )
Kepingan badam secukupnya _ ( Diana tukar kepada ~ Walnuts secukupnya )

Cara²
Ayak tepung bersama serbuk penaik dan garam.. Ketepikan.
Campurkan gula perang bersama mentega di dalam mangkuk besar dan kacau rata ( menggunakan whisk ).
Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar sebati.
Kemudian bubuh esen vanila dan gaul.
Masukkan tepung, serbuk penaik dan garam yang telah diayak tadi dan kacau lagi.
Bubuh serpihan coklat serta walnuts cincang dan gaul rata menggunakan spatula.
Tuang adunan ke dalam loyang yang beralas kertas minyak dan berlengser mentega serta d taburkan sedikit tepung.
Ratakan adunan dan susunkan walnuts atau kepingan badam di atasnya.
Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170°C selama 25 - 30 minit atau sehingga masak.

Tuesday, November 12, 2013

MEE KARI KERANG



nak tau x.. akak ni sebenarnya bukan pandai memasak... dah habis belajar baru tercuba cuba resepi masakan ni... wp minat ada tapi sikap malas menguasai diri maklumlah... akak ni anak tunggal... semuanya dah terhidang di depan mata.. akak ni tau makan je...x perlu susah susah...hehehe... tapi disebalik kemalasan tu sebenarnya akak ni minat mengumpul resepi sejak darjah 6 lagi (tapi x penah cuba pun..)
 akak nak cerita sikit... mee kari ni sebenarnya ada nostagia yang tersendiri.. akak mula belajar memasak dengan menu masakan rendang daging dan mee kari..(ni je yang akak tau ketika tu...yang lain hampehhh...) masa tu ahli keluarga terdekat sangat memuji masakan akak terutama opah akak... ayah akak pula sanggup beli bahan mee kari hanya kerana nak suruh akak buat... waa..mendorong semangat ni... setelah beberapa kali mencuba demi mencuba akhirnya akak memberanikan diri menghantarkan resepi mee kari ke mingguan malaysia tahun 80 rasanya.. ketika itu akak masih bersekolah lagi... kebetulan masa tersiarnya resepi tu akak x beli surat khabar berkenaan.. habis satu kampung akak duk cerita resepi akak masuk paper.. wahhh.. malunya akak ketika itu sebab ramai saudara mara suruh beri tunjuk ajar resepi mee kari... ada yang suh buatlah... masa tu budak budak lagi... bila ada permintaan begitu.. ngerinya akak rasa... malulah nak ajar orang yang dah pandai memasak.. akak cuma tau masak 2 jenis masakan jer.. mee kari dan rendang daging je ketika tu...
untuk kali ni akak letakkan resepi dalam simpanan peti karun akak tu...
selamat mencuba...

MEE KARI KERANG

100gm udang kering ( rendam dan blend )
1 bawang besar*
6 bawang putih*
1 kulit kayu manis saiz kecil
1 bunga lawang saiz kecil
seketul lengkuas - ketuk
seketul halia - ketuk
3-5 batang serai - ketuk
1 kg kerang - rebus ambil isinya
300 g isi ayam
tulang rangka ayam - jika suka
3 tangkai daun kari
5-6 sudu besar rempah kari daging
1 sudu besar serbuk cili kering
1- 2 ketul stok ikan bilis
santan secukupnya
garam dan gula
sedikit minyak utk menumis

1kg mee kuning

Hiasan:

sawi - celur diikuti celur taugeh (gaul sekali)
daun sup dan bawang
bawang goreng
cili merah dipotong2 jika suka pedas letak cili api hiris
hirisan limau nipis / kasturi - jika suka
telur rebus - jika suka
* tauhu goreng  - boleh masuk dlm kuah (setelah masak kuah)
* tauhupuk - boleh masuk dlm kuah (setelah masak kuah)
* fishcake dan fishball - boleh masuk dlm kuah (x masuk pun x pe)

* sedap jika dimakan bersama cili hijau jeruk (jika ada)
(cara: cili hihau hiris rendam dalam cuka letak dalam botol)

Cara cara:

1. panaskan minyak dalam periuk. masukkan lengkuas ketuk, halia ketuk dan serai ketuk.
masukkan bahan penumis dan tumiskan bahan blend hingga naik bau serta daun kari kacau rata dan masukkan udang kering blender kacau sekejab. masukkan rempah kari dan serbuk cili yg telah dicampur dgn sedikit air. masak hingga wangi serta pecah minyak.

2. bila dah pecah minyak masukkan santan dan masukkan tulang rangka ayam, isi yam serta isi kerang, stok ikan bilis, garam dan gula. masak hingga didih serta kuah masak akhir sekali masukkan tauhupok dan tauhu goreng. didih sekejab boleh tutup api.

3. hidangkan mee bersama ramuannya daun bawang dan sup, cili hiris, bawang goreng, hirisan limau, pelbagai fishcake dan ball (boleh letak dalam kuah - jika suka) serta bawang goreng. kalau suka nak letak telor rebus pun boleh.

** jika kuah anda kurang pekat masukkan sedikit tepung gandum

Monday, November 11, 2013

AYAM SERAI PEDAS ALA THAI


kalau time mulut x sedap rasa.. memang sesuai masakan ni... memang sedap...

AYAM SERAI PEDAS ALA THAI

Bahan2nya:

3 keping dada ayam (potong kecik2)
1 batang serai (dititik/ hiris kasar)
5 helai daun limau purut
2 biji cili besar (ditumbuk/dikisar)
6 biji cili padi (ditumbuk/hiris kasar)
1 camca sos ikan (sos nampla)
1 camca sos tiram
Secubit gula dan sedikit ajinomoto (jika suka) - akak x bubuh
sedikit minyak untuk menumis
1 ulas bawang putih (ditumbuk/dikisar)
1 ulas bawang merah (ditumbuk/dikisar)

Cara2nya:
tumis serai, daun limau purut, cili besar, cili padi, bawang putih dan bawang merah. Tumis sehingga naik bau.
Masukkan potongan ayam dan sedikit air bagi memastikan ayam masak secukupnya.
Masukkan sos ikan, sos tiram, gula dan ajinomoto. Kacau sebati. Tutup api dan hidangk

SOTO BOGOR


sebenarnya sebelum ini akak pernah buat soto makassar.. orang indon panggil coto makassar terkenal di Sulawesi selatan... ermmm sedap juga.. tapi sayang akak x ingat ambil gambar... dan umtuk kedua kalinya akak cuba resepi soto dari indon juga.. iaitu soto bogor pula...yang ni akak x kaji popular dari daerah mana.. hehehe... akak x tau la orang di sana makan dengan mee ke ape.. tapi akak tetap memilih untuk makan bersama nasi impit.. sebabnya paling utama akak x perlu nk masak nasi dan masakan lain.. makan soto bogor dengan nasi impit pun dah konyang....

 SOTO BOGOR
sedap

Bahan-bahan/bumbu-bumbu:

Bahan:
250 gram daging lembu
250 gram babat/perut, direbus, potong-potong
250 gram usus, direbus, potong-potong
250 gram paru, direbus, potong-potong
150 gram tulang rawan kaki lembu, rebus
2 sudu teh air asam jawa
3 lembar daun salam - akak x de stok
3 cm halia , diketuk
6 lembar daun limau purut
4 batang serai, diambil putihnya, dimemarkan
2 batang daun bawang, dipotong-potong
2.500 ml santan dari 1 butir kelapa
1.500 ml air
3 sudu makan garam
1 sudu teh gula pasir
1 sudu teh serbuk lada sulah
2 ketul stok daging
3 sendok makan minyak untuk menumis

Bumbu Halus: kisar

18 butir bawang merah
10 ulas bawang putih
4 cm kunyit hidup, dibakar
5 buah keras, disangai
1 1/2 sudu teh ketumbar

Pelengkap:
bawang merah goreng
2 batang daun bawang, dihiris
4 batang sup, dihiris
5 sudu makan kicap manis
200 gram emping goreng - akak x tau
3 buah limau nipis
suhun goreng - akak tambah
kacang tanah goreng - akak tambah

Sambal Cabai Rawit: sambal cilimpadi
20 buah cili padi merah
3 buah bawang merah
1/2 sudu  teh garam
1/4 sudu teh gula pasir

Cara membuat:
Rebus daging dengan daun salam dan halia hingga matang dan empuk. Tambahkan babat(perut), usus, dan paru. Aduk rata semua.
Panaskan minyak. Tumis bumbu halus, daun jeruk dan serai sampai harum. Tuang ke rebusan daging. Aduk rata.
Tuang santan. Aduk rata. Masukkan garam, gula pasir, serbuk lada sulah, dan stok daging. Masak sampai mendidih dan matang.
Tambahkan air asam jawa dan daun bawang. Aduk rata.

Sambal cabai rawit(cili padi): rebus cabai rawit dan bawang merah sampai layu. Angkat. Tambahkan garam dan gula pasir. Haluskan.

Sajikan soto dengan pelengkap dan sambal cabai rawit.

** akak makan dengan nasi impit... ermmm... bertambah tambah....

KERANG BERAPI


Assalamualaikum....
ingat lagi ke kat akak ni.. rasa dah lama benar x update blog akak yang x seberapa ni... ginilah kalau kesibukan melanda... tiada masa nak updatekan resepi di sini.. pulak tu kalau dah lama berehat, nak mulakan balik agak liat... huhuhu....
hari ni akak nak sharekan resepi yang sedap.. sekali makan x nak stop dah... hehehe... x tau la pada oranglain.... pada akak begitulah.. tapi untuk masak kerang ni kenalah basuh bersih bersih sebab ia dimasak dengan kulit kulitnya....

KERANG BERAPI

Bahan

1 kilo kerang
5 ulas bawang merah> diblend
4 ulas bawang putih> diblend
1 labu bawang besar> diblend
7 tangkai cili kering(direndam dgn air panas sehingga lembut & diblend)
3 tangkai cili merah> diblend
8 biji cili api > diblend
3 batang serai (kasi lebih pun boleh) > dimayang/diracik halus
3 helai daun kunyit > diracik halus
1 biji telur > dipukul hingga hancur
1 1/2 sudu tepung jagung > untuk pekatkan kuah
sedikit sos tiram pedas/biasa
sedikit air
garam secukup rasa
gula secukup rasa.
minyak untuk menggoreng.

Cara membuatnya

Tumiskan bahan yang diblend hingga wangi.
Masukkan hirisan serai. Kacau rata dan biarkan seketika hingga separuh garing.
Masukkan hirisan daun kunyit. Kacau lagi.
Masukkan telur dan kacau hingga telur masak.
Masukkan sedikit air - anggaran cukup untuk kuah dan garam. Kacau.
Masukkan sos tiram, sedikit gula. Kacau lagi.
Masukkan tepung jagung dan kacau.
Akhirnya masukkan kerang. Kacau hingga kerang masak.

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...