followers

salji

waktu

bird terbang

Thursday, December 22, 2011

SAMBAL TUMIS UDANG BERSAMA PETAI


akak suka sebenarnya masakan yang bercampur petai ni tapi apakan daya.. semua keluarga tidak suka makan apatah lagi baunya.. pernah dulu anak akak cakap "maaaaa.. ape bau masakan ni.." bila dia jergah hidangan akak sepintas kilat dia berkata.. "nape ma masak izotik..." sanggup dia g makan kat kedai... hei.. apalah budak budak sekarang... semuanya x mau mencuba sikit pun.. cubalah dulu barulah tau keenakan dan keunikan rasa petai, jering, kedas dan rakan seangkatan dengannya.. kalau menantu akak balik adalah geng nak makan.. lepaslah kempunan.. akak tibai bersungguh laa.. ngeeee
sebenarnya akak ni pun x boleh selalu sangat makan bende alah ni sebab ada kesan setelah 3 hari akak makan.. rasa loya, pening dan sakit sakit lenguh badan.. anginnn!! kesan sakit sakit badan ni kadang2 berlarutan 3-4 hari.. saat tu yang x tahannnn... bila makan x ingat risiko.... hohohoh..


RESIPI SAMBAL UDANG BERSAMA PETAI
moh weh ke dapur akak

300g udang sederhana besar
tumbuk:
2 biji bawang besar 
2 ulas bawang putih
15 tangkai cili kering

sedikit air asam jawa
sedikit belacan
1sd sos tiram
1 sdt sos tomato
sedikit garam
sedikit gula
3 papan petai - di ambil isinya
1 biji bawang - dipotong bulat
sedikit minyak menumis

panaskan minyak
tumiskan bahan tumbuk hingga wangi
masukkan udang
masukkan air asam jawa kacau hingga garing.
masukkan semua sos, sedikit belacan. kacau sebati.
masukkan isi petai
* jika perlu masukkan sedikit air.
perasakan dengan garam dan gula
akhir sekali masukkan bawang bulat.
gaul rata. bila bawang layu tutup api.

2 comments:

  1. Akak, saya tgh masak sambal udang ni tapi tanpa petai. Tetiba teringat sedapnya kalau ada petai kan?

    ReplyDelete
  2. aduh! pengsang....sedapnya ni makan dengan nasi lemak ke, nasi putih ke..apa-apalah...semuanya sedap!

    ReplyDelete

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...