followers

salji

waktu

bird terbang

Tuesday, July 3, 2012

ATVT KELAS JW - BEGEDIL DAGING


Hari minggu yang lalu akak meluangkan masa join kelas masakan JW di tempat akak...  kawan akak puan Azizah dari U5 telah berkongsi resepi buat begedil yang sedap sangat. puan azizah berkata kalau dia buat untuk makan seisi keluarga mesti dia buat sehingga 5-6 kilo kentang.. sebab anak anaknya makan ratah begitu saja bergedil... 


menurut seorang kawan akak yang lain kata rasanya sebijik rasa begedil orang jawa.. sedap!
bila akak rasa.. memang betul sedap dan x rugi rasanya buat berkilo kilo pun...mesti habis...
biasa orang makan begedil ni makan bersama sotokan..



di gaul dengan tepung jagung hingga rata


nak kepal bulat dan leper pun mudah.. x de masalah pun....


RESIPI BEGEDIL DAGING
JW Azizah U5

2 kg 300 g kentang
1 peket daging kisar - hancurkan
3 biji bawang besar } dihiris halusn &
1 ulas bawang putih } digoreng
RM1 daun sup dan daun bawang - hiris halus
RM0.50 (1 peket) lada sulah
1/2 peket kecil tepung jagung
garam secukup rasa
5 biji telur - kocok sikit (untuk salut)
minyak masak untuk menggoreng


kentang dipotong  panjang dan digoreng. kemudian ditumbuk untuk dijadikan doh.
kemudian goreng pula kedua bawang yang dihiris tadi hingga wangi dan keperangan. angkat dan toskan. kemudian ditumbuk.
daging hancur tadi digaul bersama lada sulah hingga sebati.
masukkan ke semua bahan kecuali tepung, telur dan minyak. masukkan garam secukup rasa.
setelah sebati adunan masukkan tepung di akhir sekali. gaul rata sehingga boleh di kepal.
setelah sebati dan bentukkan doh menjadi bentuk bulat. tabur tepung pada dulang dan buatlah sehingga habis.
sementara itu panaskan minyak telebih dahulu. guna api yang sederhana kecil.
kemudian celupkan ke dalam telur kemudian goreng di dalam kuali leper supaya masak dengan sekata.
angkat dan toskan.
** makan ratah begitu saja pun sedap

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...