followers

salji

waktu

bird terbang

Thursday, July 19, 2012

DAGING TETEL ASAM PEDAS


Assalamualaikum semua.. akak ni baru je sihat dari deman.. agaknya demam buah haritu.. tu la makan sampai x ingat... akibatnya terus x de selera nak makan... Alhamdulillah baru hari ni tenaga akak beransur pulih... 
sebenar masakan ni akak masak pada hari yang akak dapat demam tu... tengahari tu sempatlah akak masakkan masakan kegemaran tapi masa tu selera dah kurang, loya pun dah datang.. terus hilang selera sebab akak x dapat membezakan rasa di lidah.. akak langsung x jamah.. ape nak buat.. wp suami akak setia dok perangat kuah kegemaran ni.. kut sangkakan akak terbuka selera...



RESIPI ASAM PEDAS MELAKA

600g daging tetel - rebus empuk terlebih dahulu
1 batang serai - diketuk
1/2 sm asam jawa + 400ml air
1 sb puri tomato - akak guna tomato sos
100 ml minyak
1 sm gula
sedikit garam
sedikit belacan
sedikit daun kesum(akak tukar daun limau purut sebab x de stok)
1 kuntum bunga kantan - belah 4(xde stok)
sepotong lengkuas - di ketuk

kisar:
15-20 tangkai cili kering - rendam
3 sm kelapa parut - di goreng keemasan (tumbuk kasar)
1 st jintan manis } di sangai dan di tumbuk
 1 st jintan putih }
5 biji bawang merah
3 bawang putih




panaskan minyak.
masukkan serai dan lengkuas.
tumiskan bahan kisar hingga kering dan terbit minyak.
campur air asam jawa, puri tomato,ikan, daun kesum, gula garam, belacan.

* kuahnya mesti sama paras ikan. jangan terlalu cair.

3 comments:

  1. Dalam bahan-bahan utama tidak pula cakap ikan .... tetiba dalam cara masaknya ada pulak ikan ..... mana datangnya ?????

    campur air asam jawa, puri tomato,ikan, daun kesum, gula garam, belacan.

    * kuahnya mesti sama paras ikan. jangan terlalu cair.

    ReplyDelete
  2. asalnya ia adalah resepi yang menggunakan ikan jadi saya ubahkan kepada daging tetel.. hehehe.. jika kita menggunakan ikan atau apa saja bahan utamanya.. yang penting kuahnya msti sama paras daging atau ikan tu... ia sesuai untuk ikan dan lain lain.. selamat mencuba..

    ReplyDelete
  3. asalnya ia adalah resepi yang menggunakan ikan jadi saya ubahkan kepada daging tetel.. hehehe.. jika kita menggunakan ikan atau apa saja bahan utamanya.. yang penting kuahnya msti sama paras daging atau ikan tu... ia sesuai untuk ikan dan lain lain.. selamat mencuba..

    ReplyDelete

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...