sebenarnya masakan ini adalah masakan n3 yang lepas.. agak kelewatan bersiaran kerana kesibukan balik ke kampung dan merehatkan diri.. hehehe lebih kata lain rehatkan minda...
RESIPI AYAM BLACK PAPPER
1/2 ekor ayam
5 utai kacang panjang - patah/kerat
1 biji kentang bersaiz besar - potong baji, goreng garam kunyit dan ketepikan.
1/2 biji karat - potong mancis/ panjang
2 biji bawang besar - tumbuk lumat
2 ulas bawang putih - tumbuk lumat
5-8 tangkai cili api - belah x putus
1 biji bawang besar - potong bulat
2 sb sos lada hitam
sedikit sos tiram
sedikit kicap
garam secukupnya
sedikit minyak tumis
panaskan minyak tumiskan bahan tumbuk hingga wangi.
masukkan ayam dan goreng hingga masak.
setelah empuk masukkan kentang goreng tadi, karat bersama kacang panjang. gaul rata.
renjiskan sedikit kicap, sos lada hitam,sedikit sos tiram dan garam secukupnya.
terus masukkan bawang bulat serta cili api. gaul rata.
siap
No comments :
Post a Comment