followers

salji

waktu

bird terbang

Friday, July 13, 2012

SAMBAL TEMPOYAK MASAK


inilah hasil musim durian yang baru ni.. kakak angkat beri durian... terlalu banyak akak pun buatkan stok tempoyak...
kalau di tempat akak tempoyak yang dimasak cara begini di panggil sambal tempoyak masak


RESIPI SAMBAL TEMPOYAK MASAK

2 cawan tempoyak
2 batang serai - di hiris halus dan di tumbuk
2 biji bawang merah - di tumbuk
2 helai daun kunyit - di mayang halus halus.
1/2 cawan ikan bilis - tumbuk x lumat
1/2 cawan udang segar kecil (udang kertas)
air secukupnya
serbuk kunyit
garam
gula (x perlu gula sebab guna tempoyak masak)

masukkan ke semua bahan kecuali daun kunyit ke dalam periuk/ kuali.
masaklah dengan api yang sederhana hendaklah di kacau selalu takut hangit.
masaklah sehingga ia seakan meletup dan perlahankan api dan masukkan daun kunyit dan kacau sekejab lagi.
rasa masam manis masinnya.

*jika tempoyak lama (masam) tambah gula.
*boleh juga diletak daun limau purut ketika memasak - jika suka

1 comment:

  1. best nampak sambal tempoyak .. nnti bile senang bleh cuba.. skrg kan durian..durian.. mmg best kan.. TQ atas resepi akak tu ..:)

    ReplyDelete

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...