followers

salji

waktu

bird terbang

Friday, February 14, 2014

KEK CAWAN AISKRIM


terjumpa gambar kek ni terus teringin nak memcuba... ermmm... tapi inilah hasilnya yang x seberapa..


KEK CAWAN AISKRIM

Bahan-bahan ( 16 )

125 butter, lembutkan
1/2cwn susu
1/2cwn gula kaster (kalau nak manis tambah sikit)
100g dark chocolate, cairkan
2bj telur
1 1/4cwn tepung gandum
1sdt baking powder
2sdb serbuk koko
80g dark choc, dihiris-hiris (tambahan)
16 kon ice-cream (yang leper di bawah)
manik-manik warna-warni

Utk butter cream, mommy buat sket aje sbb tak smua anak2 ndak mkn icing.
choc butter icing (sukatan DH):
250g butter, lembutkan
2cwn gula ising, ayak
1/2cwn serbuk koko, ayak
2sdb susu segar

*Krim ising (sukatan ni mgkn tak dpt nak ice-kan ke semua kek (sbb anak2 tak suka ising sgt), jadi kalau nak byk, doublekan):
100g butter, lembutkan
3/4cwn gula ising, ayak
2sdb serbuk koko, ayak
1sdb susu
*Nota: krim ising ni versi kurang manis sikit.

Cara-cara

Panaskan oven 160C. Pukul butter & gula hingga berkrim & ringan. Tambah telur satu persatu sambil pukul. Ayak bersama tepung,bkg powder & serbuk koko dan masukkan ke dalam adunan butter. Pukul hingga sebati.
Kaup balik susu dan coklat cair ke dalam adunan butter. Adunan siap.
Susun kon2 atas loyang oven yg dialas dgn baking paper. Isikan kon2 dgn adunan kek. Bakar dlm 20-25min. Dah siap bakar, sejukkan. Kek ni agak lembab (moist).
Sediakan krim ising: Pukul butter smpai pucat (dlm 6-8min). Tmbh gula ising, serbuk koko & susu, pukul lagi dlm 6min. Siap.
Bubuh krim ising dalam piping bag dgn nozzle star. Hiaskan atas kek dgn lilitan krim ising ni. Siap utk dihidang.

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...