followers

salji

waktu

bird terbang

Friday, February 21, 2014

AYAM TAUCU LEMAK MERAH


jom kita buat ayam taucu lemak merah.. memang tidak mengecewakan langsung.. sedapppp sangat rasanya. dalam resepi ni kak fida mengesyorkan tambah kacang panjang tapi akak x de stok dan untuk lebih menarik lagi akak tukarkan kepada tomato segar.. dalam resepi juga ada dimasukkan bawang goreng di akhir masakan tapi akak terlupa masukkan wp pada awalnya memang akak nak letak. teringat petua dalam kelas masakan yang akak pernah join lebih sepuluh tahun dulu... kegunaan bawang goreng di akhir masakan ni seingat akak hanya untuk memekatkan kuah terutama dalam masakan mamak. di sebabkan dah terlupa nak masukkan dalam masakan ni akak rasa wp x di letakkan bawang goreng x mencacatkan masakan ni... ia tetap sedap dan masaklah hingga kepekatan yang kita inginkan atau hingga terbit minyak sudah memadai...

AYAM TAUCU LEMAK MERAH

Bahan-bahan ( 4-5 orang )

1 ekor ayam - potong 10, lumur garam, kunyit dan goreng hambal.
2 biji bawang besar - hiris bulat*}
4 biji cili hijau, merah - hiris serong*} - digoreng layu atau biarkan mentah ikut selera(akak letak cili api)
1 batang serai - dititik
2 sb penuh taucu - disiram air dan toskan, ramas kasar jika suka (akak blend sebab kalau nampak ada yang x makan)
1/2 sb air asam / asam keping yang kecil (opt)
garam (opt), gula secukup rasa
secukup santan
segenggam bawang goreng - akak x letak sebab terlupa

BAHAN KISAR HALUS :-
10 tangkai cili kering atau lebih ikut selera
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 hiris halia
1/2 inc kunyit hidup
1 sk belacan (opt) (akak letak)

Cara-cara

Panaskan sedikit minyak lebihan goreng ayam, masukkan bahan yang dikisar halus, serai dan tumis hingga wangi.Masukkan taucu dan kacau rata. Masukkan pula ayam goreng dan kacau lagi.
Tuang secukup santan dan secukup perasa dan masak hingga mendidih. Masukkan pula hirisan bawang besar, cili hijau dan cili merah. Kecilkan api dan masukkan bawang goreng, kacau dan renihkan kuah selama 5-10 min.
Jika suka, boleh tambah kacang panjang yang dipatahkan 2 inc panjang ke dalam masakan dalam cara2 ke (2).

2 comments:

  1. nampak sedap tu... bila dah kisar taucu tu.. tak siapa tahu ada taucu dlm tu kan... secret ingredient gitu.. hehe..

    ReplyDelete
  2. Salam Kak Norlie..nampak sedap. Nak cuba jugak nanti...anak-anak mmg suka segala menu yg berasaskan ayam :)

    ReplyDelete

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...