followers

salji

waktu

bird terbang

Thursday, February 13, 2014

SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CUPCAKE


Kek yang dah selalu akak buat tapi jarang letakkan resepi kat blog... tapi kali entah kenapa tingin pulak nak selitkan di sini... sekadar untuk perkongsian bersama..


SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CUPCAKE

bahan-bahan : loyang 6-7 inci
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/2 cawan serbuk koko  (DJ guna Cap Kijang)
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 1  1/4 cawan air sejuk (dari peti ais) - akak guna air panas mendidih jer
  • 1 cawan gula perang
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
  • secubit garam
  • 1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung atau mentega cair
  • 1 sudu kecil cuka atau jus lemon
Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga. 
  2. Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
  3. Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
  4. Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
  5. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak. 
  6. Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...