followers

salji

waktu

bird terbang

Sunday, September 28, 2014

KETAM GORENG CILI TELOR AYAM


sesekali tukar selera masak ini pula... layannn..

KETAM GORENG CILI TELOR AYAM  
5 rencah 5 rasa


beberapa ekor ketam  dibersih dan dipotong dua

1 biji bawang besar  dimayang

7 biji cili merah dikisar

5 biji bawang merah dikisar

3 ulas bawang putih  dikisar

2 batang serai  dititik

1 biji telur ayam  dipukul sedikit

Garam dan gula secukup rasa

Air Secukupnya

Minyak untuk menumis

Cara-cara

-Gaulkan ketam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit kemudian digoreng sehingga masak. Ketepikan.

-Panaskan minyak kemudian tumiskan serai bersama bahan kisar sehingga pecah minyaknya.

-Masukkan sedikit air bersama bawang besar, gula dan garam secukup rasa. Biarkan mendidih.

-Kemudian masukkan telur sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga sebati.

-[Pastikan telur dipukul terlebih dahulu supaya sebati rasanya dengan sekata pada kuahnya.]

-Akhir sekali masukkan ketam dan gaulkan sehingga rata.

-Angkat dan hidangkan.



poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...