followers

salji

waktu

bird terbang

Sunday, September 28, 2014

NASI GORENG UDANG KASIH SOTONG BERTELO


nasi sedap rasa..

NASI GORENG UDANG KASIH SOTONG BERTELO

Bahan-bahannya:

2 cawan nasi 
150 gm sotong 
150  gm udang
2 biji telur  - sebiji telo mata
1 biji cili merah
3 biji cili api
3 biji bawang merah
1 biji bawang putih
sedikit belacan
sedikit udang kering
1 sudu kecil serbuk cukup rasa
1 sudu besar kicap masin
1 sudu besar sos tiram
secubit garam

Cara-caranya:

1. Kisar kasar cili merah, cili api, bawang merah, bawang putih, belacan dan udang kering.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis sotong hingga airnya kering.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau. Pecahkan telur dan kacau sebati.
4. Tambahkan dengan sos tiram, kicap masin, serbuk cukup rasa dan garam. Kacau sebati.
5. Masukkan nasi diikuti dengan sotong dan udang. Gaul hingga nasi dan sotong mesra dengan bahan-bahan kisar yang ditumis tadi dan bahan-bahan lain.


poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...