followers

salji

waktu

bird terbang

Sunday, September 28, 2014

NASI GORENG BELACAN


nasi yang berulang kali buat.. tapi belum d wartakan d blog ni.. hehehe
terima kasih resepinya.. memang sedapppp..

NASI GORENG BELACAN

Bahan-bahan ( 5 - 6 org makan )

2 mangkuk nasi putih (yg telah sejuk)
7 biji cili api hijau (kalau nak lebih pedas guna yg warna merah)
1 labu bawang besar
50 gm udang kering (dibersihkan dan direndam)
belacan sebesar ibu jari
3 ulas bawang putih - diketuk
garam dan gula secukup rasa
Untuk daging goreng:
300gm daging - dipotong kecil2
3 sb kicap
1 sk serbuk kunyit
1/2 sk serbuk lada hitam
sedikit garam dan gula
4 biji telur- 1 bji utk dimasukkan kedalam nasi dan 3 biji lg utk di buat telur dadar
daun salad
cili api sebagai hiasan( juga utk menambahkan pedas)
sedikit minyak utk menggoreng daging dan nasi

Cara-cara

Daging Goreng: Panaskan sedikit minyak (lebih kurang 3 sb) dan masukkan daging. Kacau seketika dan masukkan kicap, serbuk kunyit, serbuk lada hitam, gula dan garam. Masukkan sedikit air(melitupi daging dalam kuali) dan goreng hingga kering.
Dadar telur: Pecahkan 3 biji telur ke dalam mangkuk. Panaskan frying pan, masukkan sedikit adunan telur dan goreng hingga telur masak(kekuningan). Angkat dan gulung. Ulang sehingga habis kesemua adunan telur. Apabila dadar telah sejuk bolehlah dipotong nipis2.
Nasi Goreng: Blend cili api, bawang besar, udang kering (bersama air rendaman) dan belacan sehingga lumat.
Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak( lebih kurang 3 sb) dan masukkan bawang putih yg telah diketuk. Goreng hingga wangi dan kekuningan.
Masukkan bahan2 yg telah diblend dan goreng hingga kering sedikit dan masukkan gula dan garam secukup rasa. Masukkan telur dan kacau rata.
Masukkan nasi dan goreng sehingga nasi masak. Hidangkan panas2 bersama daging goreng, telur dadar yg telah dipotong nipis dan daun salad. Bagi yg suka makan pedas2 bolehlah diitambah cili api tambahan

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...