followers

salji

waktu

bird terbang

Monday, September 22, 2014

BUBUR NASI


bila mulut rasa serba serbi dh jemu nak makan lauk pauk.. maka buatlah bubur ini untuk menyelamatkan keadaan.. sedapp.. mungkin dah lama sangat x buat agaknya.. hehehe..
nampak seperti simple je bubur ni tapi rasanya sedap... sebab bahan bahannya semua menyerap dalam nasi...
resepi juga ada di sini

BUBUR NASI

Bahan-bahan ( 3-4 org )

1 1/2 cwn beras (lbh kurang 250gm)
1 1/2 inci halia di ketuk / titik
2 sk serbuk pati ayam / 1 kiub pati ayam
300gm isi ayam / 1/4 ekor ayam
udang secukupnya
sedikit garam
1 liter air

* GARNISH *
lada merah
daun bawang n daun sup
sedikit mninyak bijan

* AKSESORI TAMBAHAN *
ikan bilis n kacang digoreng
lada jeruk
telur masin - akak tukar ikan tenggiri masin

Cara-cara

Rebus ayam hingga empuk. Keluarkan ayam dan toskan airnya. Air rebusan ayam jgn dibuang.
Basuh beras bersih. Masukkan beras dlm periuk lebihan air rebusan ayam. Masak beras hingga kembang, masukkan air sikit-sikit. ** Masak bubur ikut suka lembut mcmmana kita nak
Bila bubur hampir masak masukkan halia, pati ayam dan sedikit garam.
Bubur bolehlah dihidang dgn ayam rebus tadi (siat kecil), bawang goreng, lada merah n daun sup. Titiskan sikit dgn minyak bijan. sedap mkn ngan ikan bilis n kacang goreng, cili jeruk dan telur masin..siap...

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...