followers

salji

waktu

bird terbang

Sunday, September 28, 2014

KETAM DI LAUTAN KUNING


MASAK KETAM DI LAUTAN KUNING

Bahan-bahan ( sekeluarga )

1. Ketam 5 ekor siap disiang
2. Sebiji kelapa yang diambil santannya:sebahagian santan pekat dan dua bahagian santan cair
3. Kunyit hidup seinci
4. Serai sebatang
5. 1 asam keping
6. 10  biji cili api mengikut kepedasan yang diingini
7. Sehelai daun kunyit
8. Garam secukup rasa

Cara-cara

1. Tumbuk lumat cili api, dan kunyit.
Masukkan bahan 1 tadi ke dalam periuk bersama- sama asam keping, garam dan serai yang telah dititik
Masukkan santan cair dan masak dengan api yang perlahan. Santan perlu selalu dikacau supaya tidak pecah
Masukkan ketam bila santan sudah mula menggelegak.
Bila ketam sudah masak (kulit ketam jadi kemerahan), tuangkan santan pekat.
Masukkan daun kunyit yang telah dikoyak- koyakkan ke dalam gulai dan kacau. Matikan api.
Hidangkan

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...