followers

salji

waktu

bird terbang

Sunday, September 28, 2014

KETAM KUKUS TELUR MASIN


masakan sedap dan kena dengan selera family kami... kalau dulu setelah akak kukuskan ketam kemudian akak goreng .. tapi kali ni akak kukus dan tumis terus masukkan ketam ni.. rasanya sedap juga wp x digoreng dan memberikan isi ketam ni lebih lembut dan mesra

RESIPI KETAM TELUR MASIN
moh weh ke dapur akak..

1. Ketam bunga - 3 ekor (potong setengah)
2. Kuning telur masin - 5 biji (direbus)
3. Bawang putih - 3 ulas (dicincang)
4. Cili padi - 8 biji (dicincang)
5. Tepung kanji - 2 sudu besar)
6. Mentega - 2 sudu besar
7. Susu cair - 2 sudu besar
8. Daun kari - 5 helai
9. Garam & lada sulah secukupnya

1. Kukus ketam hingga masak dan toskan airnya
2. Gaulkan ketam bersama tepung kanji & goreng di dalam minyak yang banyak. Toskan & angkat. Ketepikan
3. Tumis bawang putih yang dicincang bersama mentega dan kuning telur masin yang juga dicincang dengan api perlahan
4. Masukkan daun kari dan susu cair
5. Masukkan ketam yang digoreng tadi, gaul mesra
6. Perasakan dan sedia dihidangkan


poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...