followers

salji

waktu

bird terbang

Monday, September 29, 2014

SAMBAL UDANG TERUNG PIPIT


ketika program gotong royong anjuran jbtn perpaduan taman sebelah.. ramai jumpa kawan kawan dari taman lain.. selesai gotong royong kami sembang sembang dorang mempelawakan akak mengutip terung pipit ni.. orang dah pelawa.. apalagikannn.. rezeki jangan di tolak.
jadi jika dibuat sambal camgini makan dengan nasi panas panas mesti bestkan..

SAMBAL UDANG TERUNG PIPIT

BAHAN2NYA: 
 300 g udang
1 senduk sederhana cili kering kisar 
1 labu bawang besar 
2 ulas bawang putih
1 inci belacan (optional.
garam gula
minyak untuk menumis

CARA:

Panaskan minyak.  Tumis bahan-bahan kisar sehingga naik bau dan terbit minyak.

Seterusnya masukkan 1 cawan air, Biarkan kuah mendidih seketika.

Kemudian masukkan gula, garam, dan air asam jawa.  Kacau rata.

Masukkan udang dan biarkan di atas api sehingga udang masak.

Akhir sekali masukkan terung pipit.

Biarkan beberapa minit di atas dapur kemudian tutup api.

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...