moga riang ria bersama keluarga tersayang... kali akak nak tayangkan masakan akak yang sentiasa tersenyum setiap kali kita memandangnya...melihat keadaannya sedemikian juga melambangkan hati akak pun terasa berbunga bunga dan tersenyummmmm tau... maklumlah brownies yang akak masak ni menjadi hihihi... lihat tu,merekah habis!
brownies ni sedap,lembut,gebu dan halus teksturnya..cantik bila di buat dalam papercup biasa yang besar berbanding papercup bewarna gold agak kurang mekar.untuk alas papercup seperti biasalah akak alaskan dengan acuan tat telur. *jika guna papercup muffin sesuai juga.
oklah jangan kita membuang masa lagi MOH WEH..KE DAPUR akak..mari kita lihat bahan dan cara membuatnya...layannnnn....
RESIPI BROWNIES BLOSSOM
A)
300g gula caster
3 biji telur
240 ml air
1 sk esen vanila
B)
3oog teoung gandum
40g serbuk koko
1 1/2 sk baking powder
1/2 sk garam halus
C)
2 sk ovallate
D)
40g choc chic/choc parut
E)
papercup beralas acuan tat
putar bahan A hingga putih gebu.
masukkan aduanan Bdan putar lagi sampai sebati dan masukkan pula ovallate.putar lagi.
akhir sekali masukkan choc chip @ cklt parut gaul hingga rata.
sediakan papercup dalam acuan tat dan tuangkan adunan hingga hampir penuh.
kukuslah selama 15 minit dengan api yang kuat.
angkat dan sejukkan atas redai.
k.fida
No comments :
Post a Comment