followers

salji

waktu

bird terbang

Monday, December 31, 2012

♥CHOCOLATE BROWNIES (TANPA TELUR)


sebenarnya kek dah lama buat sewaktu akak nak menziarahi sepupu akak di kl.. macamana boleh terlupa nk letakkan kat sini.. pelupa benarlah akak ni... dah tualah katakan... hehehe.. masih sedar diri tau..!
ikutkan resepi kak fida buat dalam loyang besar tapi saja akak buat dalam cup muffin cangini supaya x nampak x di usik bila di potong.. makan dalam ni kan ke senang.. lagi pun x perlu dipotong dah.. ambil satu boleh ngap je depan tv kan.. atau pun terus je dihidangkan..

RESIPI CHOCOLATE BROWNIES (TANPA TELUR)

Bahan-bahan ( loyang 8 x 8 inc. )

BAHAN A :-

1 cawan tepung gandum
1 sk tepung jagung
1/2 sk bicarbonate of soda
1/8 sk garam halus
3/4 cawan gula serbuk
1/2 cawan serbuk koko

BAHAN B :-

1 cawan susu cair
2 sb susu manis
1/4 cawan mentega cair/minyak sayur
1 sk esen vanilla
BAHAN C :-
kekacang atau choc chip untuk tabur


Ayak bahan A dalam sebuah mangkuk.
Satukan bahan B dalam mangkuk berasingan.
Masukkan A ke dalam B dan kacau perlahan2 hingga sebati.
Tuang adunan ke dalam loyang yang disapu mentega dan dialas dengan kertas.Taburkan kekacang atau choc. chip rata2.Bakar pada suhu 160C selama 25-30 min.

Adunan brownies ini juga sesuai dibakar didalam cawan kertas.Isikan adunan sehingga 3/4 penuh cawan kertas.Bakar selama 20 min.

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...