banyak bintang di layangkan untuk resepi yang sedap ni... x sangka sedap dan sedap!! pada mulanya mr hubby akak terdiam je melihat nasi yang akak masak ni tanpa masak lauk lain... dia tau akak masak nasi ni tapi dia x tau nasi jenis apa yang akak masak sebenar... nak tau.. dia sanggup x makan gara gara kerana akak x menumis sebarang masakan berkuah.. baru akak ingat mr hubby memang x suka makan sambal telur sejak dulu dulu lagi.... selalunya akak memang masak masakan yang berkuah untuknya.. dua tiga jam jugaklah dia berpuasa... nak wat canekan...orang x nak makan... merajuklah konon!! perut akak kenyang jugak!!
bila akak makan dia cuma dapat tercium baunya saja.. bau nasi ni usah cakaplah... semerbak harum umah akak ni.. setakat mana dia sanggup menahan lapar... akhirnya berkeroncong jugak perutkan.... sekali dia makan... errrrmmm.. baru dia tau... bertambah nasi dia!! apatah lagi anak ada balik sekejab.. dia kata memang sedap nasi ni.. x yah makan dengan lauk lain sebab dalamnya sudah ada daging. terdiam mr hubby dengar anaknya bercakap!! baru dia tau...betapa rugi pose 2-3jam.
nasi daging utara ni akak gandingkan dengan sambal telur rebus berlada, air asam kerisek (memang "ngam" sangat), sebenarnya akak juga ada buat jelatah nenas campur timun tapi sayang lupa ambil gambar!! Oopp... ayam kampung masak lemak tu bukan akak yang masak tapi ini pemberian dari kawan baik yang tinggal setaman. sedap juga bila di gandingkan... mr hubby sebenarnya x tau ada kuah masak lemak ni sebab dia x nampak akak masak yang ni... adoyaiiii..
NASI DAGING UTARA
(Sumber : cikmin.comhttp://cikmin.com/2010/08/nasi-daging-utara/)
1 kilo beras basmathi – bersih dan toskan / 3 cwn (beras biasa)
1/2 cawan susu cair - akak x suka letak susu! (takut cpt muak!)
1/2 cawan minyak masak / saya kurang
3 s/b planta
1 tin tomato sup Kimball – boleh ganti dengan sos tomato beberapa sudu besar / sos tomato jer
3 s/b rempah nasi daging-boleh ganti serbuk kurma
sudu kecil rempah sajira – rempah ni boleh cari kat kedai mamak .. tak letak (akak letak)
sedikit gula batu – saya letak gula melaka... hihihi.. suke ati jer..
dan garam secukup rasa
sedikit kismis dan bawang goreng untuk taburan
Bahan tumis :-
4 sekawan – kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan Pelaga
sedikit daun ketumbar – untuk wangikan nasi
3 helai daun pandan
1 batang serai – diketuk
1 labu bawang besar – dikisar
3 ulas bawang putih – dikisar
1 inci halia – dikisar
3 cawan air
Cara :
1. Panaskan minyak masak dan masukkan planta
2. Tumis 4 sekawan, daun ketumbar, daun pandan dan halia
3. Masukkan bahan yang dikisar
4. Masukkan rempah yang dibancuh dgn sedikit air,kacau biar wangi
5. Masukkan daging,tomato sup kimball dan air yang telah disukat dengan sukatan beras.
6. Setelah air mendidih, masukan gula batu dan garam secukup rasa dan baru masukkan susu cair
7. Masukkan beras dan kismis. Masak dgn rice cooker untuk nasi masak sekata..
8. Gemburkan nasi…boleh ambil daging yg tertanam dalam nasi untuk dicicah bersama air asam
* NASI DAGING UTARA NI DI GANDINGKAN DENGAN:
* AIR ASAM KERISEK
* SAMBAL TELUR REBUS BERLADA
*** semua resepi ada di wall berikut
Nasi daging memang best
ReplyDeletesiap mengesit saya nengok set nasi akak ni tau....aduii aiii.saya memang suka nasi daging lepas tu cicah lak ngan air asam...sedapnyaaaa!!!
ReplyDeletesalam kak norlie .. terima kasih sudi singgah kat blog :)).. salam kenal ya kak norlie ... .. x pernah lak wani merasa nasi daging utara ni .. nampak sedap ganding lagi dengan air asam .. malam2 ni perut dah mula lapar hihi
ReplyDelete