followers

salji

waktu

bird terbang

Monday, February 9, 2015

SUP TULANG MERAH ALA CHEF WAN


rasanya dah 2 3 kali akak buat sup tulang merah ni.. tapi akak x masukkan kat blog je sebab x sempat snap... habis dihidangkan hehehe... sedap akak suka sup tulang merah ni

SUP TULANG MERAH ALA CHEF WAN

Masa:
Penyediaan: 20 minit | Memasak: 2 jam | Keseluruhan: minit
Jumlah Hidangan : 3

Bahan-Bahan:

500 gram tulang lembu berdaging
1 sudu besar serbuk ketumbar (resepi asal 2 sudu)
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu kecil lada hitam, ditumbuk halus
1 1/2 sudu besar tomato puree
1 batang lobak merah, didadu
1 biji kentang, didadu
2 batang saderi, dihiris besar
Sedikit daun sup, dihiris
Bawang goreng

Bahan untuk kisar halus:

8-10 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 batang serai, hiris nipis
1 inci halia

Bahan untuk tumis:

4 biji buah pelaga
2 batang kayu manis
6 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang

Cara Penyediaan:

Bersihkan tulang dan toskan. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, goreng tulang sehingga menjadi keperangan di permukaan daging, angkat dan ketepikan.
Dalam minyak yang sama, tumis bahan tumis dan bahan kisar halus hingga naik bau.
Masukkan serbuk ketumbar, jintan manis, jintan putih dan serbuk lada hitam, tumis selama 3-4 minit. Masukkan tomato puree dan tulang, gaul rata dan masukkan air sehingga tulang sedikit tenggelam.
Renehkan selama 2 jam atau sehingga daging menjadi lembut. Kemudian masukkan saderi, kentang dan lobak merah dan masak lagi sehingga empuk. Tambah garam secukup rasa.
Angkat dan hidangkan bersama hirisan daun sup dan bawang goreng tapi akak tabur kobis hiris.

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...