followers

salji

waktu

bird terbang

Friday, April 22, 2011

OPOR AYAM


sedap masak ni.. mungkin sebab akak menggunakan rempah opor.. 


RESIPI OPOR AYAM

A)
bahan blend:
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
1" halia
1" lengkuas
3 sb cili kering blender

50g rempah opor
1 kg ayam
2 cawan santan
2 sb kerisek
2 batang serai - diketuk
1/2 cawan asam jawa
1/2 cawan minyak masak
sedikit garam/gula

B) penumis:
3 ulas bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
5 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
2 batang kulit kayu manis

panaskan minyak. tumiskan bahan B hingga wangi.
campurkan bahan A, serai bersama rempah opor dan tumiskan bersama bahan B hingga garing.
masukkan ayam, air asam jawa dan biar hingga mendidih.
masukkan santan kelapa, garam dan gula secukup rasa. masak dengan api sederhana hingga ayam empuk dan kuah menjadi pekat.
akhir sekali masukkam kerisek dan kacau sebati.
sedia untuk dihidangkan.

NASI KUNING

untuk tengahri ni akak masak nasi kuning je.. ermm sedap juga tapi banyak juga akak tokok tambah dalam resipi ni... jom tengok resipinya..


RESIPI NASI KUNING
yummiez Myresipi
  • 1 1/2 cawan beras
  • 1 1/2 cawan air(akak guna stok ayam)
  • 2-3 ketul ayam(ayam dari stok ayam(akak tambah)
  • 1 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • 1-2 cm kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 1 kuntum bunga lawang(akak Tambah)
  • 2 biji buah pelaga(akak tambah)
  • 2.5 cm halia
  • 1 ulas bawang putih(akak tambah)
  • 1 1/2 sudu teh garam
  • 1 biji bawang besar (dimayang halus)
  • minyak masak(akak campur minyak sapi sikit)
  • sedikit sayur campur(akak tambah)
  • 1 helai daun pandan(akak tambah)
  • sedikit daun sup untuk hiasan(akak letak bawang goreng)

Cara-cara

  1. Tumis kulit kayu manis, bunga cengkih, pelaga, bunga lawang, bawang besar,daun pandan sehingga kuning.
  2. Masukkan air stok dan kunyit ke dalam tumisan. Letakkan garam secukup rasa.
  3. Biarkan masak selama 5 minit. Alihkan dari api dan biarkan sebentar.
  4. Masukkan beras yg telah dibasuh bersih ke dalam rice cooker. Kemudian, masukkan bahan di atas ke dalam beras.
  5. Masukkan hirisan halia, sayur campur. Tanak beras sehingga masak.
  6.  Tabur daun sup/bawang goreng di atas nasi yg telah masak.Selamat makan!



BROKOLI GORENG CENDAWAN

ASSALAMUALAIKUM..
akak cukup suka masak brokoli ni.. sebab sambil makan akak suka meratah sayur ni.


RESIPI BROKOLI GORENG CENDAWAN

1 ketul brokoli - di potong dan dibersihkan
1 kampit cendawan tiram
sedikit udang kertas
sedikit kobis - di potong bunga
1/2 biji bawang besar - di mayang
1 ulas bawang putih - diketuk
1 biji cili merah - di potong serong
5 tangkai cili api - di belah x putus
sedikit sos tiram
sedikit garam
minyak untuk menumis

panaskan minyak tumiskan bawang dan cili hingga layu.
kemudian masukkan udang kertas. gaul rata.
masukkan brokoli, sos tiram, sedikit air jika perlu dan garam.
masak hingga brokoli agak lembut dan tutup api.
sedia untuk dihidangkan.

Thursday, April 21, 2011

BILA KELAPARAN..


bila tiba tiba rasa lapar dan malas nak keluar ke mana mana.. nilah hasilnya...
mee segera goreng. makan berdua tapi terlajak masak sampai dua bungkus! hah.. alamak sapa yang nak tolong habiskan ni.. my daling pun dah sruuuuup 2 pinggan tapi masih ada lagi... adoii..
akak ni kalau goreng mee mesti nak warna gelap dan lembab2. kalau terang dan kering je.. mulalah patah selera! kena makan berselang seli dengan air pulak. lastnya kenyang airlah jawabnya..


RESIPI GORENG MEE SEGERA/MEE SEGERA GORENG
*mana agak tajuk yang sesuai ni?
x kan nak tulis mee maggie goreng! buta je dia kena promot!

2 bungkus mee segera - di celur/toskan(perencah x guna)
1 labu bawang besar - ditumbuk
2 ulas bawang putih   -
1 sb cili serbuk
sedikit air panas/masak
5 tangkai cili api - di hiris kasar
6 keping isi ketam - di potong serong
1 senduk kicap mee 
1 senduk sos cili
1/2 senduk sos tiram
sedikit kobis - di potong halus
1 pokok daun sup - dihiris halus
sedikit garam
1/2 sb serbuk pasti sedap
sedikit minyak menumis

hiasan:
cili merah - di hiris
bawang goreng
daun sup - di hiris

panaskan minyak. tumiskan bahan tumbuk hingga wangi masukkan cili serbuk dan air. kacau hingga terbit minyak.
masukkan isi ketam, kicap mee, sos cili , sos tiram, serbuk pasti sedap dan sedikit garam. gaul sebati.
masukkan mee segera yang telah di celur, air panas, cili api, kobis dan daun sup.
gaul semua sehingga betul betul sebati dan tutup api.

SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE


Ramai yang dah buat kek dayang ni.. akak ni baru je nak buat.. bukan susah mana pun.. tapi kalau buat kek berupa coklat ni x kan habis kalau kami berdua je yang makan. kalau ada anak dah lama lesap dari pinggan! my laling  langsung x suka kek coklat ni tapi kalau buat kek buah dia sorang pun boleh habiskan..
 akak try buat bentuk cupcake yang besar ni.. dapat 8 ketul..


  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/2 cawan serbuk koko  (DJ guna Cap Kijang)
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 1  1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)
  • 1 cawan gula perang
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
  • secubit garam
  • 1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung
  • 1 sudu kecil cuka atau jus lemon
Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga. 
  2. Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
  3. Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
  4. Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
  5. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak. 
  6. Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.

NASI LEMAK PANDAN

ASSALAMUALAIKUM..


pagi ni akak makan nasi lemak SDN BHD hahahaha... hari ni entah apelah agaknya terlebih rajin dari biasa. selalunya kalau kami makan berdua akak beli je nasi lemak ni.. tapi mungkin kalau masak sendiri ada yang specel sikit dari yang biasa kita beli tu... kalau kita yang masak ikut suka hati kita nak masukkan makanan tambahannya..
kali ni akak masak ikut resepi dari salah seorang staff di tempat keje hubby akak iaitu kak Salmah. kakak ni asal dari johor dan dia ni memang pandai memasak. isteri kepada pegawai (bersara) atasan di TLDM Lumut.


RESIPI NASI LEMAK PANDAN

2 cawan beras - di basuh bersih dan toskan

1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1" halia
2 batang serai
*semua bahan di atas tumbuk/ketuk tanpa lumat

1/2 cawan santan pekat
1 cawan air
1-2 sb minyak masak
sedikit garam
sedikit gula
2 helai daun pandan - kerat 2
2 titis pewarna hijau 

masukkan semua bahan di dalam periuk rice cooker dan masak hingga hampir kering. kacau dan tutup periuk dan biarkan ia masak sepenuhnya.

RESIPI SAMBAL TUMIS BILIS

1 cawan ikan bilis - dibuang kepala dan perutnya - ditumbuk sedikit kasar (x lumat)
10 tangkai cili kering - rendam dan di blend + sedikit minyak
1 1/2 biji bawang besar - ditumbuk
3 ulas bawang putih      - 
1/2 biji bawang besar - dipotong bulat
1/2 sd belacan
2 sb tomato sos
garam 
gula
sedikit pes asam jawa
minyak menumis

panaskan minyak goreng ikan bilis. jangan terlalu garing dan angkat.
dengan menggunakan minyak tadi tumis bawang hingga garing dan masukkan cili kering blend dan belacan. masak hingga wangi dan agak kering.
masukkan ikan bilis goreng 1/2 masak tadi, pes asam jawa, bawang potong bulat, sos tomato, gula dan garam.
masaklah hingga terbit minyaknya dan angkat.

BAHAN SAMPINGAN NASI LEMAK

telur mata kerbau/telur rebus
hirisan timun
kacang dan ikan bilis goreng
ikan masin goreng
papedom goreng

   

Wednesday, April 20, 2011

IKAN SEBELAH GORENG KUNYIT


Yang ni lauk sampingan je.. very simple tapi sedap jugak ni...


2 potong ikan sebelah - digoreng dengan garam kunyit dan ketepikan.
1/2 biji bawang besar - potong bulat
1 ulas bawang putih - diketuk
5 tangkai cili api - dibelah x putus/ketuk
1/2 st serbuk kunyit
sedikit garam
sedikit pes asam jawa - hujung sudu teh je
2 sb air
2 sb minyak tumis

panaskan minyak tumiskan bawang hingga layu masukkan serbuk kunyit, air, ikan, cili api, pes asam jawa dan garam. gaul rata dan balik balikkan.
angkat.

KARI IKAN SEBELAH


Hari akak masak ala kadar je.. sebenornya hari ni akak x berapa sihat sangat.. sakit kat pinggang. hanya masakan ni yang sempat akak buat. kari peberat my laling ni...


RESIPI KARI IKAN

4 potong ikan sebelah 
tumbuk:
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih 
1' halia 

2 sb serbuk kari ikan
1 cawan santan pekat
1 cawan air
sedikit air asam jawa
2 tangkai daun kari
garam secukup rasa
minyak menumis

1 biji tomato - belah 2
5 biji cili api - belah x putus

panaskan minyak
masukkan setangkai daun kari dan tumiskan bahan tumbuk hingga garing.
masukkan serbuk kari serta setangkai daun kari lagi dan masak hingga terbit minyak dan masukkan sedikit air. kacau rata.
kemudian setelah berbau harum masukkan santan pekat, air asam jawa dan sedikit air lagi.
biarkan mendidih dan masukkan ikan potong tadi serta garam.
didihkan sekali lagi dan masukkan tomato segar dan cili api tadi.
bila benar benar masak tutup api. bolehlah dihidangkan

PERAK CUTI... JALAN JALAN CARI MAKAN & TENANGKAN FIKIRAN..


semalam Perak cuti sempena Birthday Sultan Perak... jadi my laling sengaja bawa akak bersiar ronda ronda di sekitar ipoh. dekat je.. sebenarnya jalan yang dekat ni x planning pun. my laling sengaja bawa ronda ronda, cuci mata, shopping kain pasang dekat Nagoya UO dll. telahkan orang nak belanja sempat jugak akak rembat beberapa helai kain.. hahaha sekali sekalakann..





harini pula akak nak bawa melihat pemandangan yang akak lawati semalam... wp akak tinggal di sini dah lama tapi nilah kali ke 2 akak menjejakkan kaki ke sini lagi. kalau x silap 15 tahun dulu je akak ke sini.. lamanya... hihihi..

lihat air di sini jernihnya... sejuk je mata memandang.. ikan pun dah  besar besar belaka.. geli geliman pulak akak tengok!

pemandangan yang besar tu adalah di balik pulau yang berhampiran. jika ada yang nak ke sana kenalah naik bot yang di sediakan ni. tambangnya pegi balik rm 3.00. akak x naik pun bot tu. kalau orang yang bawa anak anak seronoklah bawa budak bermain di tasik sana. akak cuma datang berdua dengan my laling.. tengok je la orang naik bot tu..









ini pemandangan air terjun buatan.. tinggi gak air terjun ni..




ini adalah pemandangan gunung batu kapor bersebelahan tasik ni..


dah jalan jalan cuci mata, perut pun dah lapor.. cari tempat lepak, jom kita pekena pasemboq. sedap pasemboq ni...


hanya gambar ini saja yang ingat akak ambil.. yang lain tu semua terlupa nak ambil.. sebab lapor sangat kot ekekeke..

Sunday, April 17, 2011

PEMANIS MULUT..


untuk harini di akhiri dengan pemanis mulut ni...


x perlu rasanya di letakkan resipinya di sini kerana ia simple je...

PUDING BETIK SUSU

1 biji betik - di bersihkan dalamnya
agar agar, susu, gula, air 
masak dan tuang dalam betik
sejukkan sekejab
simpan dalam peti ais
makan sejuk sejuk..sedap!


selamat menjamu mata...

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...