followers

salji

waktu

bird terbang

Sunday, December 30, 2012

MEE JAWA



sedang akak menumis kuah mee jawa ni akak menerima panggilan telefon.. rupa panggilan dari jabatan perpaduan... mengajak ajak join bowling di Mydin Mall Ipoh... perlawanan 20 KRT JW daerah Perak Tengah. waduh.. waduhhh.. mana bisa ku join ni... di rumah semua anak anak ada termasuk menantu serta anak sulung yang masih berpantang melahirkan anak pertama (cucu sulung akaklah ni..)
puas cik Fairus pegawai Perpaduan memujuk agar turut serta dan menyuruh akak mencari rakan grop seramai lima orang semuanya.. akhirnya akak mengalah.. terpaksalah memenuhi permintaan untuk join aktiviti JW... hehehe
sebenarnya selepas bermain petangnya semua Jw telah dijamu dengan mee rebus... adesss.. dalam hati teringat di rumah ada mee jawasampai di umah..perut dah kenyang ni.. cane nak makan mee jawa akak tu..
mujurlah sempat juga akak possingkan mee jawa ni wp ia dah x cukup bahan hiasannya...  dah kehabisan Uuuu...

RESIPI MEE JAWA
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

Bahan-bahan : 7-8 orang makan

Bahan A :

Mi kuning secukupnya (dicelur) - akak buat 1kg mee
400g daging lembu (direbus hingga empuk dan dihiris nipis-nipis) - akak tukar ayam
tauge (dicelur)
sawi (dicelur)
hirisan cili merah
telur rebus
udang basah secukupnya (direbus/digoreng)
hirisan daun sup
bawang goreng
tauhu goreng (dihiris) - x de stok
limau kasturi secukupnya
lain-lain hiasan jika suka

Bahan B : Kuah

300g keledek oren rebus (dikisar dengan air secukupnya) - akak tukar kentang
4 cawan air rebusan daging - tukar rebusan udang dan ayam
3-4 sudu besar rempah kari daging (dibancuh dengan sedikit air)
rempah 4 sekawan (bunga lawang, kulit kayu manis,cengkih & pelaga)
2 sudu besar sos tomato - akak lebihkan
1/2 labu bawang besar(dikisar)
7 biji bawang merah (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
segenggam udang kering (dikisar)
1 inci lengkuas (dikisar)
1/2 inci halia (dikisar)
1 sudu makan tepung gandum/tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air) - optional
garam dan gula secukup rasa
air secukupnya


Cara-cara :

Tumis rempah 4 sekawan dan bahan-bahan kisar hingga terbit bau.
Masukkan pes kari dan sos tomato. Tumis hingga pecah minyak.
Masukkan keledek kisar, air rebusan daging dan air secukupnya. Kacau dan biarkan ia mendidih.
Perasakan dengan garam dan gula.
Masukkan bancuhan tepung gandum/tepung jagung jika suka untuk memekatkan lagi kuahnya.
Jika terlalu pekat, tambahlah air panas.
Setelah masak, hidangkan bersama bahan-bahan yang lain.

1 comment:

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...