followers

salji

waktu

bird terbang

Wednesday, December 5, 2012

SOSEJ PAPRIK


anak akak cukup suka bila akak cara masak paprik ni dengan sosej.. sebenarnya x de idea nk masak.. saja je bila tengok sosej masih ada lagi akak pun tryla buat.. x sangka sedap juga.. untuk pengetahuan akak dah beberapa kali buat sosej paprik ni.. bila akak lihat setiap kali masak kompom habis, barulah akak letakkan resepi ni di sini...


RESIPI SOSEJ PAPRIK

Bahan-bahan ( 4 )

5 batang sosej - di hiris nipis
2 ulas bwg putih - ketuk
1 labu bwg besar - belah kasar
1 inci halia - ketuk
1 inci lengkuas - ketuk
2 btg serai - dititik
2 biji buah tomato - dipotong 4
8 biji cili padi - ketuk
daun limau purut
bunga kobis
kacang buncis/panjang
karot
jagung muda ( xde stok)
sedikit sos tomato
sos cili
sos tiram dan kicap manis
bahan perasa
limau kasturi
garam gula

Cara-cara

Panaskan kuali. gorengkan sosej (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing).
Masukkan bawang merah, bwg putih, lengkuas. halia serai dan kacau sekejap.
Masukkan cili, sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau kasturi.


poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...