followers

salji

waktu

bird terbang

Saturday, March 2, 2013

OPOR AYAM (Kari Ayam Indonesia)



 hari ni amat teruja sangat nak mencuba masakan ini.. akak rasa lain sikit dari masak kari atau kurma biasa tukan.. ada masukkan daun limau purut dan ia langsung x perlukan rempah kari atau serbuk kurma.. tapi memang sedap sangat.. mungkin ianya sepupu sepapa kepada masakan kalio.. cuma masakan ini langsung x pedas..  rasa macam nak masukkan dan ubah suai sikit campurkan serbuk cili je...(nak kasi pedas sikit..) tapi akak terfikir hilang pulak keaslian masakan ini yang sebenar.. kata orang biarlah untuk pertama kali kita cuba biarlah buat ikut 100% len kali boleh kita adjust yang mana kurang pada citarasa kitakan...
 tapi apa pun terimakasih pada mamak haji... masakan ni memang sedap.. dan dapat memenuhi citarasa family saya... yuppp... boleh masuk senarai lagi akan datang!

RESEPI OPOR AYAM (Kari Ayam Indonesia).

BAHAN-BAHAN:
 1 ekor ayam (1.5 – 1.8kg) dipotong 12.
3 cawan (cup) santan / 1 biji kelapa.
2 sudu besar gula merah/ gula Melaka.
1 batang serai diketuk.
3 helai daun limau purut.
2-3 helai daun salam Indonesia.
4 sudu besar (tbsp) minyak masak.

PERENCAH UNTUK MENUMIS:

7 biji bawang merah India (kecil).
1 inchi lengkus.
5 biji bawang putih.
5 biji buah keras.
1 sudu kecil lada hitam.
1 sudu besar ketumbar.
1 sudu kecil Jintan Putih.
2 sudu kecil garam/ mengikut rasa.
Minyak untuk menumis.

CARA-CARA:

1. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak. Pastikan ayam perlu digoreng separuh masak dengan minyak. Seperti mamak haji katakan seluruh teknik masak ayam ini sam seperti “ayam masak kurmak” – simmering proses. tip: sekiranya anda takut isi ayam atau kulit ayam akan melekat pada permukaan kuali panas semasa goreng, lumurkan sedikit minyak masak pada potong ayam itu, sebelum dimasukkan dalam kuali. Keluarkan ketulan ayam telah masak separuh itu.
2. Panaskan kuali, masukkan minyak untuk menumis perencah yang telah sediakan sampai wangian harum dikeluarkan dan minyak mula timbul dipermukaan bahan tumisan menandakan semua air telah dikeluarkan.
3. Masukkan santan yang cair dua cawan (tip: biasa santan yang dimasukan untuk masakan dibahagi kepada dua bahagian satu bahagian santan pekat ia itu awal perahan kelapa yang telah parut dan santan cair pulak selepas kelapa parut itu dimasukkan air dan diperah kali kedua atau kali ketiga. Santan pekat tidak boleh di didehkan kerana ia akan pecah minyak dan sekali gus kemanisan asli, rasa dan haruman segar yang terdapat dalam santan segar itu akan hilang apabila didehkan  dalam jangka masa yang panjang. Santan pekat (1 cawan) cuma dimasukkan diperingkat akhir masakan).
4. Masukan gula merah, serai, daun limau purut dan daun salam Indonesia. Panaskan sebatian dengan ketulan ayam yang telah goreng.
5. Tentukan ketulan ayam ditenggelami 3/4 bahagian dengan santan cair. Tutup pemukaan kuali dan rebus dengan api dapur yang sederhana dengan teknik rebusan(braising) dengan cara “mereneh” (simmer) sehingga semua ketulan ayam masak.
5. Masukkan 1 cawan santan pekat yang ditinggalkan. Apabila kuahnya mula mendidih kembali, Tutup api dapur dan hidangan opor ayam anda telah pun siap. Selamat dan jangan lupa mencuba.

No comments :

Post a Comment

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...