followers

salji

waktu

bird terbang

Friday, January 23, 2015

CUCUR UDANG


Cucur yang perfect... x tau dah.., dah banyak kali buat cucur ni..

CUCUR UDANG 
MAT GEBU

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung gandum
1/2 camca besar instat yeast (mauripan)
1 genggam taugeh, cuci dan toskan kemudian diramas sedikit
10 tangkai kucai, potong kecil
1 biji bawang besar, dihiris
1/3 camca teh serbuk kunyit
20 ekor udang berkulit keras, saiz sederhana, cuci dan toskan, kemudian lap kering dengan tissue dapur
Garam secukup rasa
1 3/4 cawan air (atau lebih sedikit, hampir 2 cawan)

BAHAN-BAHAN UNTUK SOS CILI :-)
5-6 biji cili merah*
3 ulas bawang putih*(*dikisar dengan 1/2 cawan air)
1/4 cawan cuka makan JALEN
1/3 cawan gula atau secukup rasa
1/4 camca teh garam

CARA MEMBUATNYA :-)
Masukkan tepung, kucai, taugeh, serbuk kunyit dan instat yeast ke dalam satu bekas. Masukkan juga sedikit garam (anggaran 1/2 camca teh). Gaul rata dan tuang air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga mendapat adunan yang tidak terlalu cair atau pekat. Perap adunan tadi selama 30 minit (bungkus mangkuk berisi adunan dalam plastik bersih untuk mempercepatkan adunan kembang).
Panaskan minyak untuk goreng terendam. Panaskan sudip atau senduk sayur (jenis stainless steel) bersaiz sederhana selama 2 minit. Kacau adunan, kemudian cedok dan isikan ke dalam senduk panas tadi hingga hampir penuh, dan lingkarkan seekor udang atasnya. Rendamkan dalam minyak panas hingga cucur udang boleh ditanggalkan dari senduk.
Kemudian terbalikkan cucur udang biar bahagian udang berada dibawah. Buat kaedah sama untuk baki adunan dan bahan2. Buat kurang lebih 5 - 6 biji cucur udang sekali buat. Goreng dengan api sederhana sambil dibalik2kan hingga kuning keemasa, angkat dan toskan. Letak atas tissue dapur agar minyak gorengan terserap. Boleh hidangkan bersama sos cili..

UNTUK SOS CILI :- Masukkan cili yang telah dikisar bersama bawang putih ke dalam periuk. Masukkan gula dan garam. Kacau rata dan masak dengan api kecil hingga mendidih dan pekat. Tuang cuka makan, kacau dan masak sekejap lagi. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkang bersama cucur udang tadi..

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...