followers

salji

waktu

bird terbang

Sunday, January 25, 2015

LABU AIR MASAK BENING


masak sempoy tapi sedap juga

LABU AIR MASAK BENING

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji labu air sederhana besar
1 cekak soo hoon, kerat dan rendam
1/2 camca besar udang kering, rendam 10 minit, tos dan tumbuk kasar
1 camca teh lada hitam biji, ditumbuk halus
5 biji bawang merah, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus
sos tiram secukupnya
1 liter air
Garam secukup rasa
Secubit gula

CARA MEMBUATNYA :-)

Kupas labu air, cuci dan belah dua, kemudian belah lagi dua setiap bahagian, potong serong setiap belahan dan ketepikan.
Panaskan sedikit minyak dalam periuk, masukkan udang kering, bawang merah dan bawang putih. Tumis hingga perang dan harum. Masukkan sos tiram dan air serta juga lada hitam, biar mendidih.
Masukkan labu air, soo hoon dan perasakan dengan garam dan secubit gula. Masak hingga labu air lembut. Tabur bawang goreng sebelum dihidangkan segera....

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...