Bahan-bahan asas
Ayam ( 5-6 Wing) - akak guna part biasa
daun pandan secukupnya
lidi tajam secukupnya
Bahan-bahan perapan
Serai*
Halia*
Lengkuas*
Bawang Putih*
Bawang Besar*
Bawang kecil*
Rempah Ratus ( Ketumbar, jintan manis dan jintan putih)*
Serbuk Kari
Serbuk Cili
Lada hitam
Kunyit
Garam
Serbuk Perasa
Minyak
Cara-cara penyedian 1 :-
Lada hitam
Kunyit
Garam
Serbuk Perasa
1-) Bahan diatas seperti lada hitam, kunyit, garam dan serbuk perasa dilumurkan keatas ayam dan biarkan seketika, sementara meneruskan penyediaan bahan-bahan untuk rempah.
Cara-cara penyedian 2 :-
2-) Bahan-bahan untuk rempah yang bertanda * diblander sehingga menjadi hampas, kemudian letakkan sedikit serbuk kunyit, serbuk kari dan serbuk cili. Kemudian dilumurkan juga keatas ayam lalu balut ayam dengan daun pandan dan diperap selama 1-2 jam sebelum digoreng.
Cara-cara penyedian 3 :-
3-) Minyak yang banyak diperlukan semasa proses mengoreng, cara mengoreng adalah dengan mengangkat rempah terlebih dahulu sebelum ayam, kerana rempah akan menjadi hangit jika diangkat sekali dengan ayam. Maka proses mengoreng memainkan peranan penting untuk menjadikan rempah yang ranggup dan sedap.
No comments :
Post a Comment