followers

salji

waktu

bird terbang

Friday, January 23, 2015

KEK APAM SUSU


apam susu yang sangat famous d fb... gebu dan lembut... tapi sayang corak yang akak buat ni x menawan mata yang memandang.. pening kalernya... hehehe

KEK APAM SUSU
fb

Bahan-bahannya :-

5 biji telur
1 sudu besar Ovelette
1 cawan gula halus
**campurkan dan pukul hingga kembang menggunakan mixer**

masukkan lagi :-
1 sudu teh esen pandan
1/2 cawan susu pekat
**pukul lagi hingga kembang menggunakan mixer - max**

kemudian masukkan :-
2 1/2 cawan tepung gandum
**kacau perlahan-lahan menggunakan mixer - min sehingga sebati**

Cara-caranya :-

Asingkan dalam 3 bekas dengan warna yang berlainan. (ikut suka ye)
Panaskan kukus yang berisi air hingga mendidih.
 Ambil loyang (8 inci) dan sapu dengan minyak sehingga rata dan
masukkan adunan berwarna tadi bergilir-gilir sehingga habis.
Kemudian kukus selama 30 minit sehingga masak. (cucuk dengan lidi)

*Elakkan air tudung kukus menitik ke atas kek.
*Dah masak, angkat dan biarkan ianya sejuk dan meregang sendiri dari loyang.

SELAMAT MENCUBA DAN MENIKMATINYA

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...