followers

salji

waktu

bird terbang

Wednesday, April 10, 2013

DAPAT AWARD...

hari ni akak x dapat nak update masakan.. rasa x sihat.. cuma akak nak umumkan akak dapat award ni dari geng masakan juga....iaitu dari dapur nasya. terima kasih nasya.. akak suka sangat sangat.. x sangka ada juga geng yang ingat kat akak ni.. seronoknya rasa...
lihat... akak dah tempekkan kat dinding umah akak yang x seberapa ni.. nanti bila bila nasya senang atau terjenguk umah akak ni... akan nampak akak dah gantung kat ruang tamu ni.. heheheh....

SADIN SAMBAL TUMIS KERING


atas permintaan anak bujang yang inginkan sadin di masak camgini.. dia x mau dimasukkan sosnya sekali... kalau dah sadin tu.. masak ape pun sodapkan!

SADIN SAMBAL TUMIS KERING

1 tin besar ikan sadin - buang kuahnya lalu digoreng

bahan tumbuk:
8 tangkai cili kering
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

1 sb cili sos
1 sb sos tiram
sedikit air asam jawa
sedikit garam
1 biji bawang besar - potong bulat
minyak untuk menumis

panaskan minyak. tumis bahan tumbuk hingga wangi
masukkan ikan sadin goreng.
masukkan cili sos dan sos tiram serta air asam jawa. masak sehingga kering.
akhir sekali masukkan garam serta bawang bulat.

Friday, April 5, 2013

BUAH MELAKA (ONDE ONDE) BERKUAH


sebenarnya hati ni teringin nak makan buah melaka golek kelapa tu... bila lihat stok kelapa rupanya terlupa beli.. kena tukar planning lain la jawabnya.. hehehe..
ternampaklah idea dari Raidah... senang dan mudah je.... terus akak buat buah melaka berkuah ni.. sedap tau.. seakan kuih puteri mandi.. kuih tu intinya gula putih dan dikukus bersama kuah santan tapi yang ni berintikan gula melaka.. kuahnya pula dimasak berasingan dan buah melaka yang siap rebus toskan baru dimasukkan sekali dalam kuah santan ni.. bolehlah dihidangkan... 

BUAH MELAKA (ONDE ONDE) BERKUAH

Bahan-bahan:

2 cawan tepung pulut
1 cawan tepung gandum (saya tambah)
2 ketul atau secukupnya gula melaka ~ dipotong kecil2
1 1/3 cawan atau secukupnya air atau jus pandan
Sedikit pewarna hijau
Sedikit garam ~ dicampur dlm jus pandan

Untuk kuah:
3 cawan santan
2 sudu besar tepung beras
2 helai daun pandan
Garam secukup rasa

Cara penyediaan:

Untuk kuah:

~ Campurkan semua bahan2 kuah lalu dikacau atas api sederhana sehingga kuah masak dan agak pekat. Ketepikan.

Buah Melaka:

1. Bancuh tepung bersama jus pandan sehingga boleh diuli. Jangan sampai lembik nanti susah nak bentukkan doh jadi bulat.
2. Ambil doh sebesar guli, masukkan gula melaka yg telah dipotong kecil2 ditengah2 adunan. Bulatkan dan pastikan menutupi keseluruhan gula.
3. Masak air sehingga mendidih, kemudian masukkn buah melaka tadi.
4. Bila bebola timbul/terapung bolehlah diangkat dan toskan.
5. Terus masukkan ke dalam kuah yg telah disediakan tadi.

KARI IKAN KEMBUNG


hari ni masak kari ikan... nampak x kuahnya agak pekat...

KARI IKAN KEMBUNG

3 ekor ikan kembung - kerat 2

bahan tumbuk:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1" halia

2 sb serbuk kari ikan
air secukupnya
3 helai daun kari
2 keping asam keping
santan secukupnya
2 sb cili sos homemade (memekatkan kuahnya)
RM1.00 bendi
2 biji tomato
garam secukupnya
minyak untuk menumis

panaskan minyak
masukkan 1 helai daun kari
tumiskan bahan tumbuk hingga wangi.
bila dah garing masukkan rempah kari kacau hingga garing. (memberi yang warna cantik)
bila dah cukup garing masukkan air. biarkan ianya mendidih hingga terbit minyak.
barulah dimasukkan santan, didihkan sebentar.
masukkan cili sos, ikan, bendi, baki daun kari(untuk mewangikan) dan asam keping masaklah sehingga masak.
akhir sekali masukkan buah tomato dan garam secukup rasa

Thursday, April 4, 2013

KACANG TANAH BERSALUT SAMBAL



sedapnya kacang ni.... sesuai untuk buat kudapan di hari raya nanti... buat pun mudah je dari kacang yang bersalut tepung tu...
akak ni suka buat je tapi akak ni kena banyak berpantang... tapi kat umah ni yang paling suka kudapan kekacang ni adalah mr hubby.. 

KACANG TANAH BERSALUT SAMBAL

Bahan-bahan ( untuk seisi keluarga )

4 cawan kacang tanah (goreng awal)
3 ulas bawang merah*
4 ulas bawang putih*
4 sudu lada kisar
Garam / ajinomoto
2 sudu sos cili maggi
2 sudu ikan bilis(siap di goreng-nk letak lebih boleh)
2 sudu minyak mkn.
3 sudu gula

Cara-cara

Mula-mula kisar dahulu bahan *.
Kemudian tumis bahan kisar sampai naik bau dan pecah mnyk.
Kemudian letak lada kisar tumis dan letak gula hingga jd pekat.kalau kurang pekat tambah lg gula.
Letak kacang tanah yg sudah di goreng awal..gaul rata,,lepas tu letak sos cili.letak garam dan aji nomoto,,,gaul lg.pastikan api kecik semasa
 mengaul..akhir sekali letak ikan bilis sudah goreng awal..

EKOBA


 pernah sekali dulu akak beli udang lipan ni.. tapi x tau cara nak membuang kulit udang lipan ni.. dah lebih 10 tahun.. sehinggalah sekarang baru akak beli.. tu pun setelah akak bertanya pada penjual ikan barulah akak dapat tip cara cara membuang kulit udang ni.. penjual tu kata isi udang ni sedap dibuat goreng. oleh kerana anak teringin sangat nak rasa udang lipan ni.. akak carilah resepi yang sesuai untuk dimasak.. terjumpalah resepi ni.. terus teringin nak mencuba.
jika ada yang masih x tau cara nak membuang kulit udang lipan ni..  gunting bahagian ekor dan kepala udang ni hingga putus dan diikuti gunting dibahagian tepi keliling udang ni... kemudian tarik keluar kulitnya.. mudahkan...
orang kata udang ni sedap jika dibuat mee udang lipan dan mee kari tapi akak belum pernah cuba... pernah nampak restoren ni area Parit Buntar Perak.. insyaallah rasa teringin sangat nak mencubanya.. kalau sedap.. nanti boleh buat.. ekekeke..
berbalik dengan resepi ni akak rasa sedap dimakan panas panas.. selesai masak terus dihidang barulah udang ni x lembut salutan tepungnya...

pinjam pak google

EKOBA
Aroma

200 g isi udang lipan - buang kulitnya
100 g tepung ubi
1 kg minyak masak

panaskan minyak masak. 
salutkan isi udang dengan tepung ubi dan goreng sehingga garing. angkat dan toskan.

Bahan A (untuk menumis)

3 hiris halia
2 ulas bawang putih - hiris
5 tangkai cili kering - kerat 1"

Bahan B

1 sudu  cili kisar
1 sudu cili sos
1 sudu sos tiram
1 sudu gula
garam secukupnya

ramuan sayuran:

bunga kobis
brokoli
karat
bawang holland

tumiskan bahan A hingga naik bau.
masukkan bahan B.
Akhir sekali masukkan udang lipan yang telah digoreng dan masukkan juga sayuran. gaul hingga rata.
sedia dihidangkan.

SOTONG SAYUR LEMAK KOBIS


simple je masakan akak tengahari tadi tapi yang penting wajib ada sambal belacan....
jangan ada yang terkejut jika nampak resepi akak ni ada dimasukkan tepung gandum.. tapi kenalah larutkan dulu sebelum di masak... tujuannya untuk memekatkan masakan campuran santan cair ni... hasilnya memang pekat.. jika x percaya anda boleh cuba... 
sebenarnya akak masukkan tepung ni adalah kerana akak x mau menggunakan santan pekat.. takut kolestrol tinggi.. bila dah berumur ni kesihatan kena diambil berat..

SOTONG SAYUR LEMAK KOBIS

1/4 biji kobis manis - hiris
1/4 biji karat - hiris halus
10 ekor sotong - potong bulat
1 biji bawang - hiris
santan cair secukupnya
1 sb tepung gandum (tujuan memekat)
1 helai daun kunyit - koyakkan
garam secukupnya

masukkan santan dan tepung gandum. larutkan dulu tepung ni bersama santan ni.
panaskan dapur dan masukkan sotong, bawang, hingga hampir mendidih baru masukkan sayur kobis, karat, daunkunyit serta garam
maskkalah sehingga mendidih.
angkat

Tuesday, April 2, 2013

MEE KUAH AYAM


dengan adanya cili sos homemade yang akak buat minggu lepas macam macam akak boleh buat dengan sos tu... kalau kemarin akak buat paprik juga menggunakan cili sos ni dan buat mee kuah juga x ketinggalan menggunakan cili sos yang sama.. rasanya cukup sedap..
 kali ni akak tukar selera menggunakan ayam je dalam kuahnya.. selalunya akak gunakan daging bersama tulangnya...


MEE KUAH AYAM
5-7 orang

Bahan-Bahan:

1 kg mee basah - celur
2 batang sawi - celur
20 gram tauge - celur
Daun bawang /sup - hiris
Bawang goreng 
cili merah - hiris
limau kasturi - belah 2

bahan kuahnya:

600 gram ayam  
fish ball - belah 2
fish kek  hiris

Kuib pati ayam 
20 biji cili kering - rendam / blend
Udang kering - rendam / blend
1 sb cili serbuk + air
1 ketul ubi keledek / 2 senduk tepung jagung(dibancuh)
4 biji bawang besar - blend
4 ulas bawang putih - blend
2-3 senduk cili sos (homemade)
air secukupnya
minyak untuk menumis
garam dan gula secukupnya

Cara:

Mi, sawi dan tauge dicelur. Untuk membuat kuah, ambil air rebusan ayam.
panaskan minyak tumis bawang blend hingga kering.
masukkan cili kering kisar bersama udang kering.
masukkan ayam bersama air rebusan serta fish kek dan fish ball.
masuk cili sos secukup pekat bersama bancuhan tepung jagung. * jika kurang pekat boleh tambah lagi.
Masukkan kiub pati ayam. masukkan garam dan gula secukup rasa dan masak hingga mendidih dan secukup pekat sendiri.

Tambahan:
Selain air rebusan boleh pilih ikut selera: daging/tulang/ayam/sotong dan udang.
Cili bergantung kepada kesesuaian citarasa


Monday, April 1, 2013

AYAM PAPRIK BERSAMA CENDAWAN TIRAM


lama betul x buat paprik ni.. sekarang ni anak ada di umah.. sebab sedang study week jadi.. esok anak yang sorang balik ke Penang... maka sunyilah umah ni semula...

AYAM PAPRIK BERSAMA CENDAWAN TIRAM

3 ketul ayam - dipotong kecilkan lagi
1 bungkus cendawan
sedikit bunga kobis
sedikit karat manis - hiris
sedikit karat - hiris
1/2 biji bawang holland - potong kasar
10 tangkai cili api - ketuk
3 ualas bawang putih - ketuk
sebesar ibu jari halia - ketuk
4 helai daun limau purut - koyakkan
2 sb sos tiram
1 senduk cili sos (homemade)
sedikit kicap - jika perlu
2 sb tepung jagung - bancuh dengan iar
air masak secukupnya
1 kiub ayam
1 batang serai - ketuk
jus limau secukupnya
garam dan gula secukup rasa
minyak menumis

panaskan minyak tumis bawang putih dan halia.
bila wangi masukkan ayam yang dipotong kecil. kacau rata dan tutup sekejab.
bila ayam masak masukkan bawang holland dan serai.
masukkan air biarkan mendidih dan masukkan semua sos serta kiub ayam. kacau rata.
kemudian masukkan sayur sayuran, bancuhan tepung jagung. didihkan sebentar.
masukkan jus limau garam dan gula secukup rasa.

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...