followers

salji

waktu

bird terbang

Friday, April 5, 2013

KARI IKAN KEMBUNG


hari ni masak kari ikan... nampak x kuahnya agak pekat...

KARI IKAN KEMBUNG

3 ekor ikan kembung - kerat 2

bahan tumbuk:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1" halia

2 sb serbuk kari ikan
air secukupnya
3 helai daun kari
2 keping asam keping
santan secukupnya
2 sb cili sos homemade (memekatkan kuahnya)
RM1.00 bendi
2 biji tomato
garam secukupnya
minyak untuk menumis

panaskan minyak
masukkan 1 helai daun kari
tumiskan bahan tumbuk hingga wangi.
bila dah garing masukkan rempah kari kacau hingga garing. (memberi yang warna cantik)
bila dah cukup garing masukkan air. biarkan ianya mendidih hingga terbit minyak.
barulah dimasukkan santan, didihkan sebentar.
masukkan cili sos, ikan, bendi, baki daun kari(untuk mewangikan) dan asam keping masaklah sehingga masak.
akhir sekali masukkan buah tomato dan garam secukup rasa

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...