followers

salji

waktu

bird terbang

Sunday, October 28, 2012

MAJLIS QURBAN AIDIL ADHA DAN SUP TULANG

suasana majlis kurban di tempat akak x jauh pun hanya di depan umah akak je tempat kurban ni di jalankan oleh penduduk setempat anjuran surau Al-Ikhlas..


akak penah tempekkan resepi ni untuk tatapan semua di sini.. masa tu kami makan dengan bihun sup.. kali ni kami makan dengan moi (bubur nasi kosong). oleh kerana banyak tulang tulang lembu kurban jadi kami bergotong royong menyediakan sup tulang ala utara yang kawww...
tapi x pa la.. akak tempekkan sekali lagi resepinya di sini...resepi yang paling senang dan mudah sekali untuk dibuat.. main campak campak jer.. x dipotong wp sehiris pun.. mudahkan.. resepi style orang niaga...

SUP TULANG ALA UTARA
cik Joi

tulang tulang lembu kurban (lagi banyak lagi suka sebab guna periuk paling besar)

BAHAN YANG PERLU DIBERSIH SECUKUP BERSIH: * bahan ini x perlu dibuang kulit @ dipotong.
10 batang serai *
1 ketul lengkuas (besar) *
2 ketul halia (besar) *
 3 labu bawang putih *
10 biji bawang merah *
secekak daun leek *
sepohon batang calery *
beberapa helai daun pandan - simpulkan *

2-3 senduk besar gula @ secukup rasa
pak aji
2 kotak besar kiub ayam
RM 1.00 lada hitam timbang - blend halus
garam
segengam kulit kayu manis
segengam bunga lawang
buah pelaga
air secukupnya (periuk besar daging mesti tenggelam)

masukkan daging di dalam periuk besar dan dikuti dengan air sehingga daging tenggelam dan hampir 3/4 penuh periuk. masakkan di atas api.
bila sudah mendidih masukkan ke semua bahan yang telah di bersihkan, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga. biarkanlah ia masak 2-3 jam supaya daging ketulan besar dapat empuk dengan sempurna. (air boleh di tambah jika surut).
setelah daging empuk keluarkan ke semua bahan yang di rebus bersama daging tadi. hanya tinggalkan ketulan daging yang besar.
teruskan merebus.dan masukkan kiub ayam, gula, pak aji, garam, lada hitam. bolehlah di rasa kuah sup ini. sebatikan rasanya seimbang.
bila sudah secukup rasa angkatlah ke semua ketulan daging di dalam periuk besar tadi.
sejukkan dan bolehlah di potong untuk jadikan bahan hiasan bihun sup.

** untuk pengetahuan: kuah sup ini hanya kelihatan kosong tanpa ada tinggal satu bahan pun di dalam kuahnya termasuklah 3 sekawan tadi.

HIASAN;
daun sup / daun bawang - hiris
bawang goreng

** sedap dimakan dengan moi (nasi lembik)


makan dengan moi... kata orang utara.. erm sedap sungguh.. (bubur nasi kosong)


1 piuk besar... licin.. makan ramai ramai selepas asar di surau Al-Ikhlas.. Bandar Universiti Seri Iskandar

2 comments :

  1. salam aidiladha...

    saya pun sempat jugak mkn sup tulang masa raya ke dua.. kebetulan kat kg sepupu suami ada buat korban... puaslah mkn daging fresh.. hehe.. tp tak berani sgt nak mkn byk takut tekanan darah naik plak.. hehe.. mkn seadanya aje..

    ReplyDelete
  2. akak pun x berani makan banyak... semangkuk kecil je.. dalam hati dok berkata kata... kolestrol nak tambah senang, nk buang susah...

    ReplyDelete

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...