followers

salji

waktu

bird terbang

Sunday, February 8, 2015

ATVT KELAS JW - SOMTAM BETIK



ni juga hasil perkongsian dari kelas jiran wanita yang kedua tahun 2015... 
menurut shima resipi ni dari turun menurun dari neneknya yang berasal dari siam.. memang sedap sangat somtam yang d tumbuk dari lesung kayu ni...


SOMTAM BETIK
Norshimah Bachok

1 biji betik mengkal (disagat / dicincang)
2 -3 urai kacang panjang (dipotong / dipatah patahkan)
1/2  biji tomato - hiris baji
2 biji cili api (dah cukup pedas)
1/4 biji limau nipis / kasturi / lemon - lagi sedap
kacang tanah (tumbuk kasar)
2 1/2 sb kicap sotong
4 ekor udang kering
1 sb gula manisan somtam / gula pasir

cara cara

tumbuk ala kadar udang kering, cili padi dan kacang panjang.
masukkan gula somtam 1 sd makan.
masukkan kicap sotong 2 @ 3 sd makan.
masukkan betik yang telah diparut dan tomato serta perahan jus lemon. 
gaulkan bahan bahan tadi hingga rata didalam lesung.
hidangkan di dalam pinggan dan taburkan kacang tanah yang telah ditumbuk.
siap.

** sedap guna gula manisan somtam. jk guna gula pasir rasanya agak berbeza

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...