followers

salji

waktu

bird terbang

Thursday, February 12, 2015

HATI AYAM MASAK BLACK PEPPER


sebenarnya kat umah ni anak anak x makan hati ayam ni.. x tau la kenapa dorang x suka.. masaklah sedap macamana pun tetap kata x sedap... nk buat camne.. setiap kali beli ada disediakan hatinya sekali.. x di masak @ dibuangkan sayang la pulak.. membazir namanya.. agama kita pun melarang pembaziran.. nk x nak.. ma ayahnya yang kena habiskan.. gemuklah kalau macam ni.. kolestrol pun tinggi...

HATI AYAM MASAK BLACK PEPPER 

semangkuk sederhana hati ayam dan pedal - cuci bersih
serbuk kunyit
garam secukupnya
* goreng dan ketepikan

1 biji bawang besar - hiris dadu
2 ulas bawang putih - ketuk dan dadu
3 sm sos lada hitam
sedikit renjisan kicap
1 sm sos tomato
minyak untuk menumis

hiasan:
1 biji tomato - belah baji
1 biji cili merah - hiris serong
1 biji bawang besar - hiris bulat

panaskan minyak. tumis ke semua bawang bila layu masukkan sos lada hitam dan sos tomato. gaul rata hingga terbit minyak. jk perlu boleh tambah air. akhirsekali masukkan hati yang siap digoreng bersama dengan bahan hiasan. gaul rata hingga nampak layu bawang masukkan garam secukup rasa.

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...