followers

salji

waktu

bird terbang

Tuesday, February 17, 2015

PUDING NANGKA


Kali nk membasah tekak dengan puding pulak... siapa yang teringin boleh la mencuba..
* jk bt dr nangka madu yg manis boleh kurangkan gula kpd 1 1/4 shj.


PUDING NANGKA

Bahan-bahan

1 tahil agar-agar (30 gm sepeket)
1 1/2 gelas gula
6 gelas air
2 senduk tepung kastad
1 tin susu cair
2 sudu marjerin
2 biji telur ayam gred A
5 ulas nangka (buang biji)
sedikit pewarna hijau jika suka

Cara-cara

Masak agar2 dengan air sampai mendidih dan larut. Kemudian masukkan gula. Masak lagi hingga gula larut. Renehkan hingga larutan agar2 kembali ke sukatan asal (bila dah masuk gula, sukatan agar2 akan bertambah). Dalam blender, campurkan nangka, susu cair, telur, marjerin dan kastad dan kisar sampai lumat. Tuangkan ke dalam agar2 yang sedang dimasak dan dikacau hingga likat. Pastikan dikacau selalu supaya tidak meruap dan tidak berketul. Kemudian boleh dipadamkan api dan dituangkan ke dalam loyang. Titiskan sedikit pewarna hijau dan kacau. Sejukkan sebelum dipotong2 dan dihidangkan.

Nota :

Saya tidak menggunakan daun pandan sebab aroma nangka sudah wangi. Adunan puding ini boleh dimasukkan ke dalam gelas kecil2 dan dibentukkan seperti ulas nangka dengan jeraminya. Hasil gubahan ulas nangka ini sesuai dijadikan kuih untuk hantaran pengantin/bertunang.

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...