followers

salji

waktu

bird terbang

Monday, February 23, 2015

SAMBAL UDANG TERUNG PIPIT


SAMBAL UDANG TERUNG PIPIT

BAHAN A
Sedikit minyak untuk menumis.
4 ulas bawang putih (dihiris nipis atau ditumbuk)
4 ulas bawang merah kecil (dihiris nipis atau ditumbuk)

BAHAN B
20 biji cili kering di mesin bersama sedikit belacan
Air Asam jawa (bersaiz sebesar ibu jari).
sedikit garam (*untuk semua masakan udang, kuantiti garam perlulah diKURANGKAN)
Sedikit gula (jika suka)

BAHAN C
rm 2 Terung Pipit - akak celur sekejab

BAHAN D
segenggam  ekor Udang sederhana (jangan dibuang kulit nya)
3 biji bawang besar (dihis bulat-bulat dalam saix yang tebal)

Cara Memasak:-

1. Panaskan minyak didalam periuk.
2. Tumis Bahan A dan goreng sehingga bawang kekuningan dan semerbak harum.
3. Masukkan Bahan B dan masak sehingga cili menjadi sedikit kering dan minyak terbit dari masakan.
4. Seterusnya masukkan Bahan C dan bila 3/4  masak masukkan Bahan D
5. Masak <> 10 minit dengan api yang sederhana besar dan boleh lah diangkat.
Pastikan Udang jangan terlebih masak kerana ia akan menjadi kurang sedap.

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...