followers

salji

waktu

bird terbang

Wednesday, February 25, 2015

NONA MANIS KU


cadangnya nak buat lain tapi bila tengok gambarnya berkali kali terus tergoda.. terus terajin buat untuk minum petang..
rasanya lemak manis wangi pandan seakan rasa kuih tepung pelita. akak suka kuih ni.. sedap tapi membuatnya perlu ada kesabaran sebab kalau silap langkah jadi kuih Nona Manis Layer.. hehehe
jika guna gula pasir jangan sukat rata pada scop.. boleh kurangkan sikit.. sebab akak guna gula pasir yang akak kurangkan sikit.. secukup rasa semuanya.

NONA MANIS

Resipi Asal: Warisan Mama
Sumber Rujukan: Azlita Aziz (Blog Masam Manis)
Dicuba oleh: Mufidah Abdul Hadi Alyunusi fb

Bahan- bahan A:

1 biji telur
1/2 cawan gula halus (saya guna gula castor)
1 cawan santan (saya guna santan segar)
1 cawan tepung gandum

Satukan gula, tepung dan santan. Kacau sebati dan ketepikan. Pukul telur hingga kembang dan campur dengan bahan tadi Saya satukan semua bahan dan kisar dalam blender hingga sebati). Ketepikan.

Bahan- bahan B:

1/2 cawan santan pekat
1/2 cawan air pandan (5 helai daun pandan dikisar bersama 1/2 cawan air, kemudian ditapis)
1/4 cawan gula halus (saya guna gula castor)
1/4 cawan tepung jagung
Secubit garam
Sedikit pewarna hijau
Sedikit pandan emulco jika suka ( saya tak guna)

Satukan semua bahan dan masak atas api sederhana sehingga pekat, berkilat dan adunan meletup-letup. (Saya kisar semua bahan dalam blender sebelum masak hingga pekat dan berkilat). Satukan adunan ini dengan adunan A tadi dan kacau sebati hingga mendapat adunan yang pekat dan licin.

Bahan-bahan C:

1 cawan santan pekat
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar gula
1/2 sudu teh garam (saya letak skit jer garam)

Satukan semua bahan C (saya kisar semua bahan dalam blender) dan kacau atas api sederhana hingga pekat. Sejukkan sebentar sebelum dimasukkan ke dalam piping beg. (Saya buat 1 1/2 adunan untuk adunan C ini)

Panaskan kukusan dan balut tudung pengukus dengan kain. Sapu acuan lompang (saya guna acuan lompang dan acuan tart) dengan minyak. Masukkan adunan hijau 3/4 penuh acuan (saya letak lebih sedikit dari 1/2 acuan, tapi tak sampai 3/4 penuh sebab nakkan bahagian hijau tu nipis sedikit). Kemudia paipkan adunan putih di tengah2 tengah adunan hijau sehingga adunan naik hampir penuh acuan. Kukus selama 7-10 minit menggunakan api sederhana. Sejukkan sebelum keluarkan dari acuan.

Selamat Mencuba!

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...