followers

salji

waktu

bird terbang

Wednesday, February 16, 2011

ATVT KELAS JW - BADAK BERENDAM



resipi telah di ajar dalam kelas JIRAN WANITA oleh puan Kamariah Kamardin no17-U6 bandar U-jawatannya sbg s/u JW.
menurut kata beliau resipi ini telah di ajar oleh bonda mertua tersayang dr N9.sapa yg teringin nk mencuba kueh ini bolehla melihat resipi di bawah ni.

RESEPI BADAK BERENDAM

 bahan utama:
1 kg tepung pulut
air secukupnya
masukkan tepung ke dlm bekas,masukkan air.
gaul rata dan uli sampai jd doh.

inti:
1 bj kelapa parut (di ambil putihnya saja)
2 cwn gula merah (dimasak dan ditapis)* 3 cwn air
1/2 cwn gula pasir
masukkan kelapa putih,gula merah,gula putih,garam,daun pandan dalam kuali,masak atas api,kacau selalu supaya tak melekat.*jangan masak terlalu kering

kuah santan:
2 bj kelapa parut (di ambil santan)
2 sudu tepung gandum
sedikit garam
kelapa parut yg diambil santannya,masukkan ke dalam periuk.masukkan garam,tepung dan dikacau sampai rata.

cara menyediakan:
panaskan pengukus,sambil tu bolehlah digentel gentelkan adunan td.
ambil sedikit adunan di bentukkan memanjang,kemudian di leperkan sedikit dan masukkan inti.bentukkan memanjang semula.
aturkan jarak jarak di dalam loyang.
masukkan santan dalam loyang lalu di kukus 20minit @ hgga masak*mengikut kesesuaian pengukus.

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...